daebak ^_^

Friday, September 2, 2011

Memoir Syawal 2011

Salam semua.. Tak sangka sudah Raya keempat hari ini... Di bulan yang baru... Sudah 2 September pun hari ini. Aduh, terasa macam semalam je puasa... Sungguh, tahun ni mood raya aku tak sampai pun 50%... Kira pecah rekod la tahun ni... Tak pergi berjalan raya lagi... Kalau tahun-tahun yang lepas sibuk merancang konvoi raya dengan member-member.... Pastu baju raya pun masih tergantung elok di dalam almari... Hanya sepasang je yang sudah aku pakai masa pagi Hari Raya ari tu....

Hmmm, sungguh aku rindu sudah dengan Ramadhan... Mungkin sebab itu mood raya aku berkurang sikit tahun ni.. Kiranya Ramadhan tahun ni aku lebih menghayati sedalam-dalamnya maksud Ramadhan..... Semua ini penangan novel Hlovate 'Contengan Jalanan' yang aku baca sebelum Ramadhan menjelang hari tu.... Novel itu buat aku berfikir...... Aku sangat setuju dgn penulis.... Rakyat M'sia ini lebih teruja nak sambut Syawal berbanding dengan Ramadhan...... Siapa yang dah baca novel ni pasti faham apa yg aku maksudkan....


Syukur padaMU ya ALLAH..... dan terima kasih kepada Hlovate... Impak yang sungguh besar kepadaku... Ramadhan yang berlalu tahun ini memberi seribu pengertian buatku..... aku lebih menghargai dan menhayati bulan itu..... Mungkin salah satu sebabnya terasa diri ini sudah memasuki fasa dewasa.... Bukan beerti Syawal tidak diraikan... tetapi penghayatan itu yg diutamakan....... Selalunya, malam raya pasti semua bergembira..... sebab Syawal sudah menjelang..... Kiranya, inilah tahun pertama aku menangis merintih di atas kepergian Ramadhan..... ( Alamak, apa yg aku tulis ni??? Yang pasti inilah luahan hati aku.....) 

~ Terima Kasih di atas kesedaran ini... Syukur...... 'Jangan pandang remeh pada Contengan Jalanan... Sesungguhnya, kerana INILAH aku menjumpai sebahagian diriku yang telah hilang... Syukur padaMU ya ALLAH....

No comments:

Post a Comment