daebak ^_^

Saturday, October 15, 2011

Antara bola dan lelaki

Antara bola dan lelaki mmg susah nak dipisahkan. Aku berani kata jumlah lelaki yg tak gemar bola ni boleh dikira dengan jari. Siapa pernah tanya lelaki, antara kekasih atau bola siapa yang dia orang pilih???? Hmmm, aku sekali lagi berani kata yg kebanyakkannya akan kata BOLA. ^_^


Bagi si kekasih yg tak boleh terima tu mmg akan makan hati ulam jantung la. Itu sudah jadi lumrah kaum lelaki. Bola diutamakan. Ada yg sanggup berjaga sampai pagi tak tidur malam dek penangan bola. Kaum perempuan pula mcm mana???

Ada juga perempaun yg suka bola. Cuma statistiknya tersangat la sikit. Kalau minat gitu-gitu boleh la. Kira boleh masuk port budak-budak lelaki. Macam aku hahaha Minat la juga kat bola ni tapi tak lah addicted sgt2.. Setakat tengok bola kat kedai mamak ngan member lelaki tu aku dah merasa... Meriah giler, lebih-lebih lagi bila dah gol!


::: Tahun ni nampaknya team favourite aku still mantap lagi... Mudahan Manchester United jadi juara lagi :::

No comments:

Post a Comment