daebak ^_^

Monday, October 10, 2011

Pesanan buat X sahabat....

Pada korang apakah erti sebenar seorang sahabat??? Ada beza ke antara kawan, sahabat dan teman???? Bagi aku sebuah persahabatan itu merupakan sebuah perhubungan yang suci dan murni. Ia mestilah dibina dgn keikhlasan, kejujuran dan yg plg penting menerima segala kebaikan atau keburukan msg2.. apa ingat pasangan kekasih je ke yg kena ada ciri-ciri ni..... 

n3 ni aku tujukan khas buat awak 'X Sahabat aku'.... kenapa jadi X sahabat?? boleh ke macam tu??? hmmm, tapi itulah kebenarannya.... Aku pun tak tau nak terangkan mcm mana lagi.... hanya beberapa org yg tahu kisah aku ni... Oh ya, sebelum tu aku nak minta maaf kat awak.. sebab ada n3 aku sebelum ni yg kasar sikit pasal awak... Itu semua feedback selepas aku dah byk diam diri selama ni...

Kalau ikutkan hati aku, mmg aku tak nak langsung bertembung dgn awak masa konvo hari tu... TAPI kerana abg long, aku buang jauh-jauh semua rasa amarah aku tu... lagipun abg long kata buat derk je.... selamba saja mcm tiada yg berlaku... lagipun aku mmg tahu, sgt susah aku nak elakkan diri dari berjumpa dgn awak... SEBABNYA.... kalau diikutkan... aku, awak dan abg long adalah sahabat karib..... dek kerana perkara itu persahabatan terus berantakan... huh.....

Awak dah call abg long suruh jumpa awak... kebetulannya aku mmg dgn abg long... nak tak nak kena teman abg long jumpa awak.... Dari jauh, masa nak sampai DTSO... mak awak sudah lambai ke arah kami... Aduh, ini yg buat aku lemah.... Mak awak mmg baik.... 'ala, abg long... mcm mana ni???' Abg long masih pesan buat selamba je... tengok siapa yg tegur dulu.... Bila sudah jumpa awak.... lengkap semuanya... awak, aku dan abg long...3 sahabat....TAPI perasaan yg ada tidak sama mcm dahulu... terasa keganjilan..... kekok!!!!

Itulah org kata, 'air yg dicincang tak akan putus'... erk?? boleh ke guna??? hahaha boleh la diibaratkan seperti itu... bila dah lama sikit baru rasa berani nak cakap dgn awak.. Itu pun jadikan abg long sbgai org tengah... lepas majlis selesai... jumpa pulak dgn family awak dkt 'alumni foto'.... Mak awak layan aku dgn baik.... buat aku rasa kecian..... sedih ada juga......

Pesanan aku kepada awak... Harap awak akan semakin matang selepas ni... Lebih-lebih lagi selepas peristiwa masa pulangkan jubah hari tu.... Walaupun, aku marah kat awak... aku still lagi ada perasaan belas kasihan kat awak... nasib baik hari tu, ayah aku tolong awak juga.... Harap itu membuatkan awak berfikir... Betul kan??? SAHABAT itu sgt berharga....  bukan masa senang saja ada TAPI bila-bila masa.... susah atau senang... itu baru SAHABAT.... 

Maaf kerana aku remove FB awak dari list friend aku.... aku tahu itu buat awak rasa.... aku sudah terangkan sebabnya... Mungkin awak ada baca blog aku ni, sebab awak tahu kewujudan blog ini... Harap awak baca pesanan aku ni..... Aku tidak akan marah disebabkan perkara yg remeh... Cuma aku pantang sekali jumpa orang yg kat depan kata lain dan bila dibelakang kata lain.... Awak pun tahu siapa aku yg sebenarnya..... Marah-marah aku pun  still ada rasa belas lagi.... Mudahan awak faham maksud aku.... Awak beruntung kerana mempunyai ibubapa yg baik... terutamanya mak awak...... Moga awak dapat menjadi seperti mereka.... tabah.... tenang.... sabar... 



:::::: mood nak dengar lagu ni... Oh, cerita di atas tiada kaitan dengan lagu ini.... Nyanyian Jonghyun mmg datang dari hati.... aku merasainya~ ::::::

No comments:

Post a Comment