daebak ^_^

Monday, October 31, 2011

Sekeping hati milik insan yg b'gelar WANITA

tHaNkS. . . .Q : Ustaz, kenape ye hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi tak tau rindu pada siapa. 

A (Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...
Persoalan di atas aku ambil dari wall FB tHaNkS... Bila baca je terus buat hati aku tertarik sebab aku pun pernah mengalami situasi yg sama. Memang kerap juga la, terutamanya bila bangun dari tidur. Kdg2 aku tiba-tiba terjaga, seolah-olah mcm mimpi pastu mula perasaan bercampur baur. 

Mula-mula masa mengalami situasi mcm ni, aku anggap itu sekadar mainan perasaan. Bila dah kerap sgt berlaku, rasa takut ada juga. Mana tahu gangguan ke apa kan. Dunia sekarang ni, susah kita nak cakap. Syukur semalam masa tengah godek-godek FB jumpa tHanks punya fanpage dan terus aku like... persoalan selama ni yg sering menganggu emosi terjawab sudah. ^_^


Bila baca ulasan dari Ustaz Azhar Idrus tu, terus sejuk je hati hehehe bangga ko lahir sebagai PEREMPUAN. Kalau diikutkan, golongan Perempuan ni mmg ALLAH sayang dan bagi byk keistimewaan. Sebab tu ada pepatah 'Tangan yang menganyun buaian mampu mengoncang dunia'....


::::: Agaknya siapakah lelaki sejati yg diciptakan untukku??? ^_^ Tidak mengharapkan yang terlalu sempurna, memadai ia seorang yg dapat dijadikan Imam dlm keluargaku dan menyintaiku kerana ALLAH... :::::


No comments:

Post a Comment