daebak ^_^

Friday, October 14, 2011

Trip to Langkawi

Ini adalah n3 yang tertunggak hahaha seminggu aku peram n3 ni. Seperti yg aku cerita kat n3 sebelum ni. Journey aku ke utara M'sia untuk my convocation, sekali harung buat trip to Langkawi. Actually, kalau nak pergi ke Langkawi ni ada dua cara. Sama ada nak guna flight or ferry bagi yang dari tanah besar. Oleh kerana aku dari Sarawak, so guna flight senang lagi.

On 1st Oct ari tu, aku ambil flight transit iaitu Kuching-KL, pastu baru KL-Langkawi. Perjalanan nak ke Langkawi tu lebih kurang macam dari Kuching-KL... See how big Sarawak ni... Bila dah sampai airport Langkawi, meriah kau dgn suara manusia yg sibuk promote kereta sewa. Disebabkan Langkawi ni kecil je, dia orang lebih galakkan pelancong sewa kereta. Depend la pada korang.. Kalau rasa tak nak drive sendiri, teksi mmg ada..

legend of Langkawi Island - Makam Mahsuri
Done sewa kereta, kita org terus gerak ke homestay. Homestay aku ni betul-betul kat dalam kampung, berdekatan dgn Makam Mahsuri . Memang terbaik punya suasana, sawah padi keliling rumah je.. aman terasa. Biasanya kalau kat Langkawi org cakap, barang-barang murah sebab tiada cukai. So far, bagi aku takde beza sgt kot... yang ketara murah pun macam rokok, arak, coklat, pinggan mangkuk berjenama.... kereta import ( ha, ambik ko sampai kereta pun aku survey)...

Barang asas macam beras, kopi, susu, milo, syampu, pencuci muka... Sama je harga dgn tempat lain... Itu pun mahal sikit sebab aku nak beli syampu Loreal kat situ skali mahal berganda terus cancel... Bagi sesiapa yang suka view yg cantik, udara laut mmg Langkawi sgt2 sesuai utk dikunjungi. 

kecewa sikit sbb tak dpt nak bergambar dgn maskot Langkawi Island - Helang. Under construction, dia org buat persediaan utk LIMO 
The next day nya kita orang kena gerak ke tanah besar pulak. Kalau nak ke mainland ada 2 cara gak sama ada nak naik flight iaitu Langkawi-KL or Langkawi-Penang, atau guna ferry. Oleh kerana tak pernah naik ferry, kita org nak gak merasa naik ferry. So, ferry menjadi pilihan kali ni. ( Ada 3 laluan tak silap aku, Langkawi-Kuala Perlis, Langkawi-Penang, Langkawi-Kuala Kedah ) Dari Langkawi ke Kuala Kedah, harga tiket utk seorang dewasa ialah RM 23.. Kira berbaloi dgn keadaan ferry yg selesa. Mmg excited!!!!!!!!!



Part yang plg aku suka adalah view... Subhanallah... Sesungguhnya alam ciptaan ALLAH mmg cantik-cantik belaka... Maha suci ALLAH yang menjadikan alam ini...



No comments:

Post a Comment