daebak ^_^

Thursday, November 17, 2011

Alhamdulillah, got free ticket for Maher Zain Concert

Petang tadi hujan turun lebat giler. Dalam jam 4.04 petang, telefon aku berbunyi... tengok nombor yg muncul kat skrin, 082-4__ , nombor yg aku tak kenal... Takut-takut juga nak angkat.... Tapi angkat je la mana tahu ada perkara penting.

Si Pemanggil: Hello. Assalammualaikum. Tok Nurul Izah nak?? (ni Nurul Izah ke?)
(Cakap Sarawak la... siapa pulak la yg call aku ni? )


Aku: Aok, kmk la tok. (Ya, saya)

Si Pemanggil: Esok boleh sik dalam jam 3 petang kitak datang ke office Utusan Sarawak. ( Esok, dlm jam3 ptg boleh tak datang ke office Utusan Sarawak? )
(Dah la hujan, suara perempuan tu aku tak dengar sangat.... tapi bila dia dah sebut Utusan Sarawak... hmm, hati dan bunga-bunga..... adakah aku dapat?? )

Aku: Boleh. Hmm, ya pasal konsert Maher Zain ka?

Si Pemanggil: Aok. (ya)

Aku: Ok, makseh... (Terima Kasih)

Hari tu aku join contest sebab lau nak beli tiket konsert memang aku tak mampu hehehe So, cuba la nasib mana tahu rezeki kan?? Lagipun cara nak join contest tu sng je. Cuma perlu jawab 3 soalan dengan betul, guna borang penyertaan yg original dalam surat khabar Utusan Sarawak atau The Sarawak Tribune..... Pastu kena juga attach sekali keratan surat khabar.


Alhamdulillah.... rezeki aku... Tak sangka dapat juga... Dalam banyak-banyak contest yang aku masuk, inilah kali pertama aku menang contest hihihi Syukur tak terkata..... Thank You Allah for this gift.... ^_^

::: Tak sabar rasanya nak tengok Maher Zain live.... Mendengar lagu-lagu yang memuji ALLAH mmg boleh membuat hati ini tenang.... All praises to ALLAH ~ ^_^ ~ :::

No comments:

Post a Comment