daebak ^_^

Friday, November 4, 2011

Bila kuasa mulut melebihi kuasa akal~

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."
Baru dua hari lepas aku berbicara pasal kes apabila kuasa mulut melebihi kuasa akal... dan hari ini kes yang sama berulang lagi. Cuma situasi dan isu yang diketengahkan itu berbeza. Semalam langsung tak buka internet. Hari ini baru berkesempatan nak buka, bila buka je banyak giler notification. Semua dari Alumni.

Hmm, isu yg sama lagi. Kdg2 aku sendiri pun penat baca. Bukan teringin pun nak baca cuma menyemak je dalam wall aku. Wei, kawan-kawan ku sekalian, sudah-sudah la tu. Kita ni dah tamat pengajian pun, konvo pun sudah. Tak kan perkara kecil macam tu pun korang nak kecoh. Kita ni bukan semakin hari semakin muda. Umur sekarang pun dah 24 tahun, tahun depan nak masuk 25 dah. Tak kan perkara mudah macam tu pun tak boleh fikir?

Kita kan dah dewasa, biar la berfikir cara dewasa juga. Jangan main cakap lepas je. Aku faham ada yg tak puas hati bila nama tak keluar utk penerimaan duit tu. Ala, sabar la... Bukannya nama korang xkan dapat cuma lambat sikit je. Konvo setahun kita boleh sabar, tak kan beberapa minggu je korang tak boleh sabar.

Kdg2 apa yg kita nak, tak semua kita dapat. Sebab itulah tak da manusia yg sempurna.... Tak salah untuk mengutarakan rasa hati tapi biarlah secara bijak. Kalau cakap sebelum berfikir inilah akibatnya. 

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."
Aku bukan nak cakap aku sempurna. Aku cuma insan biasa, lagi khilaf yg cuba nak mengelakkan kawan-kawan sekalian dari bermusuhan. Cuba tenangkan hati... ambil masa untuk fikir apa semua ni. Dah nak Raya pun, bulan baik macam ni tak baik gaduh2. Syaitan durjana pasti tengah gelak suka hati sekarang. Sebab dia telah berjaya memporak-perandakan korang dgn isu yg kecil itu..... Ingatlah, kita hidup di dunia ni sementara je. Tujuan kita hidup di dunia ni sebab ALLAH nak kita buat persediaan utk tempuhi hidup di akhirat kelak. So tak payah fikir sgt perkara2 dunia yg leh melalaikan kita ni ^_^
"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."
:::: Buat Cik Mizan, moga kamu terus tabah menghadapi segala dugaan ini. Mesti penat kan?? Dari dulu sampai sekarang tak hbs2, ada je isu. Semoga ALLAH menganugerahkan dirimu nikmat yg tidak terhingga utk kesabaran itu.... ^_^ ::::


No comments:

Post a Comment