daebak ^_^

Wednesday, November 2, 2011

It's November already ^_^

Nampaknya aku terlambat satu hari. Ingatkan semalam nak update tapi dok leka layan drama korea tak sedar pulak masa berlalu. Hmm, semalam 1/11/11... cantik kan tarikhnya cuma sayang ia jatuh pada hari Selasa. Kalau tarikh tu jatuh pada hari cuti, aku sure ramai yang jadikannya as their special day.

Coming soon ni 11/11/11.. cantik juga tarikh, kebetulan jatuh pada hari Jumaat, mmg sesuai sgt. Kawan aku pun ada yang akad nikah time tu. Weee hari ni dah hari kedua di bulan November wei. Sungguh tak sangka... cepat masa berlalu, dah nak hujung tahun 2011. Aku rasa macam baru semalam sambut tahun baru.

Apa yg menarik di bulan Nov ni?? Apa yg pasti, aku dah dapat banyak Jemputan Kahwin dari member-member. Hmmm, semua pakat nak tukar status ni. Apa-apa pun, aku doakan korang semua bahagia ye. Terasa macam tak percaya bila tengok member-member yang nak kahwin ni semua yg jenis senyap hahaha nampaknya korang semua mmg diam ubi berisi. Hahahaha pandai ye cover line ^_^

:::: Rasa macam nak lari jauh-jauh tapi tak tahu nak lari ke mana. Dunia ini memang kadang-kadang menakutkan aku. Moga sentiasa berada dalam lindungan ALLAH ::::

No comments:

Post a Comment