daebak ^_^

Wednesday, November 16, 2011

Keputusan UPSR keluar esok!!!

Esok hari, 17 September 2011.. keputusan UPSR akan keluar.... Budak-budak Darjah 6 mesti tengah nervous giler malam ini. Aku rasa ibubapa dia orang yg lagi nervous kan?? Mungkin sampai tak boleh tidur malam. Asyik fikir apa la result yg anak dia orang akan dapat esok...

Aku pun nervous gak ni. Memikirkan keputusan UPSR sekolah aku mengajar dulu. Harap-harap ok dan prestasi meningkat. Teringat masa aku dapat keputusan UPSR dulu. Aku lah org terawal yg tahu. Ingat lagi petang tu, cikgu aku tiba-tiba tanya aku macam mana kalau aku hanya dapat __A je. ( maklumlah pelajar harapan untuk dapat 5A....) *** Masa tu aku buat muka blur, sebab ingat cikgu aku tu nak gurau je, ala-ala psyco huhuhuhu ***

Keesokkan harinya, bila result dah terpampang kat Papan Kenyataan... Sah... Apa yg cikgu aku bagitau semalam mmg betul.. bukannya gurauan semata-mata.... uhuuuu *_*

Buat budak-budak yg dapat result UPSR esok, moga kalian berjaya semuanya, dapat result gempak belaka.... mesti bangga kalau dapat straight A's


Pastu tak sabar nak tunjuk kat mak dan ayah.... Mana tahu dapat durian runtuh.... Dapat la playstation baru, laptop baru, handphone baru.....bla....bla.... jangan minta rumah sebuah... kereta sebuah sudah la ya.....


Bagi yg tak dapat result superb gempark esok. Jangan pulak kecewa sampai nak terjun jambatan.... ^_~
Dah usaha kan sebelum ni, apa-apa yg berlaku selepasnya... terimalah dengan seadanya.... Cuba lagi untuk yg akan datang.....

No comments:

Post a Comment