daebak ^_^

Wednesday, November 2, 2011

Kes manja terlebih

Manja kalau terlebih mmg susah kan?? Masalah betul dengan manusia yg tak reti bersyukur. ALLAH dah elok-elok bagi akal utk berfikir TAPI still berfikir dgn kepala lutut. Kes budak UNIMAS yg kutuk Sarawak kat blog dia, dah tersebar luas. Makk aiii bila baca n3 budak tu mmg boleh bikin panas. Aku anak jati Swk wei, pantang sungguh org kutuk negeri aku!!! Kecian juga kat budak tu, tengok komen fuhhhh berbakul-bakul kutukan yg diterimanya. Itulah orang cakap, kerana mulut badan binasa. Adik, lain kali sebelum cakap fikir dulu... Kan dah kena..

Hmm, setakat rasa tak puas hati sebab di layan mcm 'pendatang asing' di negara sendiri, pastu meregek macam budak kecil sebab tak dapat asrama. Aduh, itu pun nak kecoh ke?? Cuba cakap kat aku, siapa yg layan adik mcm pendatang asing?? Kalau kes adik dan kawan-kawan kena tahan polis sebab sesat di Serikin (kat blog budak tu mention Sarikei... bapa tak lojik langsung.... Nak drive ke Sarikei bukannya 2/3 jam adik oiii...) boleh la diterima akal. Adik, kalau ko sesat kat situ, dah melepasi sempadan Indonesia, harus la Polis tahan korang. Indonesia kan dah di luar M'sia so kena la ada pasport. Aiiiyaaa king, itu pun susah sgt ke nak fikir?? Lain kali kalau nak jalan-jalan kat tempat orang ajak la member yg dah familiar dgn tempat tu.

Kes tak dapat asrama.... huhuhu ni betul2 bajet manja. Kata anak bongsu yg dah matang... Akak pun study dik, tak dapat juga kolej sampai tamat belajar so kena juga duduk luar. Semua Universiti kat M'sia ni buat sistem mcm tu. Nak tak nak kena la terima.... Bila lagi nak belajar berdikari... Masa kat 'U' la kita try jadi org susah.... bukan semua perkara senang. Itulah kehidupan namanya. Dugaan hidup ni dimana-mana je ada.

Eh, aku pulak yg berleter ni ^_^. Hmmm, sekadar berkongsi pendapat. Aku dulu pun bergelar pelajar. Study kat Semenanjung, takde pulak aku nak kutuk tempat org... Mana-mana pun sama je. Bumi ini kan milik ALLAH, apa hak kita nak membanding-banding tempat org??

::: Belajar menghormati hak orang lain... ::::

No comments:

Post a Comment