daebak ^_^

Wednesday, November 9, 2011

Nak melancong ke Korea?

Kebiasaanya kalau aku singgah kat mana-mana blog lain, kebanyakkannya ada isu wajib tersendiri. Aku pulak, isu wajib yg aku mst nak story seharusnya pasal Korea, pasal diri aku sendiri dan kdg2 perkara lain yg aku terasa nak share dgn org lain. Bila aku check aku punya blog reference, kebanyakkan yg singgah kat blog aku ni adalah  pencari maklumat berkaitan pelancongan ke Korea. Aku bukannya pakar sgt pasal Korea, cuma minat yg ada menyebabkan aku berusaha utk mencari info yg berkaitan.

Selalu kalau sebut South Korea, pasti semua nya dah familiar dgn Seoul, ibu negaranya. Selain itu, tempat macam Jeju Island, Nami Island, Busan pasti semua dah tahu kan? Sebenarnya, selain tempat yg aku sebut tadi, ada byk lagi tempat yg menarik kat Korea. Ok la, bagi nak membantu kalian semua, hari ni aku nak tolong promote satu tempat best juga kat Korea iaitu ITAEWON.

Itaewon ini merupakan salah satu city district di Seoul, South Korea. Bagi pelancong yg ingin mencari kelainan, bandar Itaewon ini amatlah sesuai. Terutamanya buat pelancong dari Malaysia. Kalau terasa rindu nak makan makanan M'sia, kat sini ada dijual. Selalunya kalau melancong kat luar negara ni, aspek yg harus dititik beratkan ialah makanan halal terutamanya bagi pelancong Muslim.

So, sekarang ni korang tak perlu risau. Kat Itaewon ni mmg ada makanan muslim. Lagipun, kat bandar Itaewon ni lah terletak satu-satunya Masjid di Korea. Masjid yang dibina pada tahun 1976 ni dipanggil 'Seoul Central Mosque'.

pinjam dari En. Google
Di Itaewon ini juga popular dengan pasarnya. Memang meriah tau hehehe aku tak pernah pergi lagi tapi bila tengok Variety Show 'Running Man', dia org ada promote pasar malam kat Itaewon ni. Mmg meriah dan byk barang2 cenderamata yg boleh dibeli di sini. Pendek kata kat sini, macam-macam ada!

Ni aku ada try google map dan jumpa yang ini. Sesuai sgt utk dijadikan rujukan. Senang je, follow je map ni semua maklumat ada.....


Selamat mencuba... hehehe terasa ala-ala program masakan pulak... ^_^ Hope maklumat ni dpt membantu korang erk. Kalau nak maklumat yg lebih lanjut boleh rujuk pada agensi pelancongan yg boleh dipercayai. Cuma satu nasihat aku, pada yg 1st time nak pergi ke Korea ni, aku nasihatkan better follow trip agensi. Pastu kalau nak pergi buat kali yg seterusnya boleh je adventure sendiri2 hikhikhik Oit, bawa la kawan2 utk teman...Kang tak pasal kena culik..hiksss ^_~

No comments:

Post a Comment