daebak ^_^

Friday, December 2, 2011

Air tanganku~ Kimchi Korea

Kalau sudah gila Korea, apa saja pasal Korea mmg aku minat.... Bukan setakat drama, movie, lagu atau artis Korea saja.... Makanan korea pun aku suka.... Hari tu aku saja nak try buat 'Kimchi'... Sebelum tu aku nak story sikit pasal Kimchi ni.....

Kimchi ni adalah makanan yg mmg popular di kalangan org Korea.... Ia adalah sayur kobis yang dijerukkan dengan pes cili dan bhn-bhn lain seperti bwg putih, halia dan sos ikan. Rasanya agak unik, bagi org Korea mungkin mereka sudah biasa dengan kimchi ni. Kalau bagi sesiapa (bukan org Korea) yg kali pertama nak try kimchi, kena pastikan anda sediakan air minuman yg secukupnya. Sebab Kimchi ini agak pedas ditambah lagi dgn rasanya yg masam dan sedikit manis. Pendek kata rasanya mmg unik...

Nak tengok tak kimchi yg aku buat??? Hehehe masa buat kimchi ni mmg terasa seperti aku ni org Korea.... hahaha masa mengaul kobis dgn pes cili yg aku buat, aku teringat dgn drama Korea. Kebanyakkan drama Korea mmg ada tunjuk babak dia org buat Kimchi......


Dari segi rupa mmg dah menjadi hehe cuma dari segi rasanya belum betul menjadi lagi. Tapi buat percubaan yg pertama, bagi aku itu sudah pencapaian yg agak memberansangkan hehehe ** Pujian utk diri sendiri. Cili kering yg aku guna utk buat pes tu tak pedas sangat.Sebab tu rasa kimchi aku tak pedas dan rasa halia sgt menguasai kobis. Bila Kimchi aku siap dijerukkan selama beberapa hari..... Saja pulak try buat nasi goreng Kimchi......Tadaaaaaaaaaaaaaaaa


Ada gaya tak??? Rasanya kalau 'calon mertua aku org Korea' pass tak ujian??? hahaha mengarut sudah....... Makanan korea tak susah pun nak masak. Cuma ada sesetengah bhn masakan yg susah sikit nak jumpa kat tempat aku ni. Kesimpulan yg dpt aku buat setelah pelajari beberapa jns makanan Korea.... Org Korea suka makanan yg agak pedas dan masam... Kalau part pedas mmg sama je dgn aku.... Aku suka makanan pedas... So boleh la 'kamceng' dgn org Korea ^_^

:::::: Pasni nak cuba buat jjangmeong.... Sejenis mi yg dimasak dgn pes kacang hitam.... yummy ^_^ ::::::

No comments:

Post a Comment