daebak ^_^

Tuesday, December 6, 2011

Akhirnya, kumiliki jua ~ ASST

ASST, singkatan untuk 'Awak Suka Saya Tak?'. Mula mengenali  ASST melalui blog kawan sekolah aku, ZahidahWahid Katanya, kisah ini mempunyai daya tarikan yg tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila watak 'Hilman Young' hero dlm ASST dibayangkan seperti pelakon Korea 'Dennis Oh'... Ia betul-betul membuatkan hati aku tertarik utk membaca sedikit demi sedikit coretan ASST di blog kak MelurJelita. Sekali sudah terjebak, mmg susah nak larikan diri. Terbukti ianya mempunyai kelainan tersendiri jika hendak dibandingkan dengan novel cinta yg lain.

Setelah menunggu beberapa bulan, akhirnya berjaya juga kumiliki novel ASST ini.


Kebetulan kawan aku Enot pergi ke KL, aku minta tolong dia belikan aku novel ni. Selain ASST, aku pesan juga utk belikan aku novel terbaru Aisya Sofea, Uda dan Dara.Thanks chingu!!! ^_^


Terasa sangat puas hati bila dua novel ini sudah berada dalam gengaman tangan hehehe Tak sabar rasanya nak khatamkan kedua-duanya.


Bila tengok plastik Kedai Buku Minerva tu, tiba-tiba terasa rindu pulak kat KL..... Org2 KL mesti dah sedia maklum kan... Kalau nak beli novel dengan harga yg murah seharusnya Minerva Bookstore menjadi pilihan.... Cuba teka berapa harga dua novel yg aku beli ni?? Percaya tak kalau aku kata harganya cuma RM45.60 sahaja.............. ^__^  Kalau ikutkan harga sebenar, if Semenanjung, ASST (RM35) - Uda dan Dara (RM22) jumlah utk kedua novel ni RM57.00.... Kalau utk Sabah/Swk, ASST (RM38) - Uda dan Dara (RM25) total semuanya RM63.00.......See betapa murahnya harga utk dua novel yg aku beli tu lepas 20% diskaun....Minerva Bookstore mmg terbaik!!!!!! Awesome ^_~

2 comments:

  1. welcome to ASST world chingu...enjoy ur reading....


    New Comment: Intro please

    ReplyDelete
  2. hehehe goemapseuminida chingu ^_^

    ReplyDelete