daebak ^_^

Wednesday, December 28, 2011

Berhati-hati ketika musim banjir~

Biasa la kalau dah hujung tahun ni, mmg musim hujan. Bagi yg tinggal di tempat yg agak rendah, kena la buat persediaan awal, mana tahu tempat korang akan dilanda banjir. Beberapa tempat di kampung aku dah pun dinaikki air. Harap-harap tidaklah teruk sangat banjir kali ini. Kalau banjir biasa, rumah aku mmg tak kena. Takut kalau banjir yg luar biasa mmg kena rumah aku. 

Kali pertama rumah aku kena banjir masa aku Form 3, dah la masa tu sibuk dengan PMR... Tiba-tiba kampung aku dilanda banjir teruk.... Lepas 5 tahun baru banjir teruk itu datang lagi... Seingat aku kali kedua kampung aku dilanda banjir teruk masa aku study degree dulu.


Aku ambil gambar ni dari bilik aku. Tengok aliran air yg agak deras tu, rasa takut juga. Lagipun air dah mencecah tembok rumah aku. Kalau aku cuba memancing dari bilik aku ni, agak-agak korang, aku dapat ikan tak?? ngeeeeeeee *_*


Ni pulak kawasan belakang rumah aku. Tengok tu bukan main suka lagi empat ekor itik adik aku tu. Gembira betul itik-itik tu berenang.


Tengok rumah cousin aku dah dinaiki air. Nasib baik rumahnya bertingkat, kiranya air tak masuk rumah.


Kesian kat ayam peliharaan adik aku. Semua kandang ayam tu dah ditengelami air. Nampak macam cetek kan, tapi sampai juga ke tahap pinggang.


Harap-harap la hujan ni tidak berlarutan sampai bulan depan. Moga ALLAH melindungi kami semua dari terkena banjir teruk lagi. Bagi mangsa banjir, moga kalian tabah dengan ujian ALLAH ini. Sesungguhnya pasti ada hikmah disebalik kejadian. Ambil tindakan berwaspada, cepat-cepat berpindah ke tempat penempatan banjir dan sentiasa menjaga kebersihan. Jaga juga tindak-tanduk anak kecil kalian, jangan biarkan mereka bermain air. Sesungguhnya 'malang itu tidak berbau'.

No comments:

Post a Comment