daebak ^_^

Tuesday, December 6, 2011

Salam Hari Asyura'

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH... Tamat juga puasa sunat ku selama dua hari iaitu bermula semalam hari Isnin bersamaan dengan 9 Muharam diikuti dengan hari ini Selasa bersamaan dengan 10 Muharam. Salam Hari Asyura buat semua umat Islam... Moga sempena hari yg penuh barakah ini akan memberikan kita seribu pengertian dan nikmat yg besar....

Apa sebenar yg terjadi pada hari Asyura?? Semalam aku ada baca beberapa kisah penting yg berlaku pada hari Asyura di wall junior sekolah aku dulu....>>>

-Nabi Adam as. diciptakan di syurga, taubatnya diterima oleh Allah,
-Bahtera Nabi Nuh as. berlabuh di gunung Judi,
-Allah membelah lautan melalui tongkat Nabi Musa as.,
-Tentera Fir’aun ditenggelamkan,
-Nabi Yunus as. dikeluarkan dari perut ikan paus,
-Nabi Yusuf as. dikeluarkan dari sumur,
-kaum Nabi Yunus diterima taubatnya,
-Nabi Ibrahim as. dilahirkan dan selamatkan dari api,
-Nabi Isa as. dilahirkan dan diangkat ke langit,
-Nabi Ya’qub as. dipulihkan penglihatan matanya
-Nabi Ayyub as. dihilangkan petaka yang menimpa dirinya
-Nabi Daud as. diampuni oleh Allah.

:: Moga sentiasa berada di bawah payungan rahmat ALLAH ::

No comments:

Post a Comment