daebak ^_^

Wednesday, December 14, 2011

Scent of Woman ^_^

Scent of woman.... Cinta abadi yg tiada tolak bandingannya. Salah satu drama terbaik untuk tahun 2011 bagi aku. Siapa yg dah tengok drama ni pasti korang juga akan setuju dengan aku.


Kenapa aku kata cerita ini terbaik??

1. Gandingan pelakon yang cukup mantap.

Aku sangat suka dengan pelakon 'Kim Sun Ah'. Dalam drama ni dia digandingkan pula dengan pelakon lelaki 'Lim Dong Wook'. Sangat jelous tengok Sun Ah dalam drama ni. Dah la digandingkan dengan namja yg hensem tahap tak hingat..... Tengok body dia dalam drama ni pun perghhh sangat berbeza kalau nak dibandingkan ketika dia berlakon dalam 'My Name is Kim Sam Soon'. Dari bertubuh gempal bertukar menjadi kurus melidi.... Bila la aku dpt jadi mcm tu??? weee *_^ Lakonan dia org mmg mantap sebab aku boleh turut sama menjiwai watak.....


2. Jalan cerita yang menarik dan menyayat hati.

Kisah cinta yang mendalam.... Setiap part cinta dalam drama ni aku boleh turut merasainya.... ^_^ Bila part gelak, turut sama ketawa. Bila menangis, turut sama menangis.... (Boleh dijadikan semangat utk para pesakit Kanser.... No matter what, live must go on!!! )

3. Panorama dalam drama ni chenca daebak....

Oh, yang ni paling aku suka. Kebetulan pula hero dalam drama ni menguruskan sebuah syarikat agen pelancongan. Maka banyak lah tempat - tempat menarik kat Korea yg aku tak pernah tahu sebelum ni, dia org promote skali.... dah la aku sangat suka pantai.... huhuhu sangat teruja!!! 


4. OST yg buatkan aku terasa dibuai-buai.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Korang layan dulu drama ni baru akan memahami apa yg aku ingin sampaikan. Salah satu OST yg asyik aku replay, entah berapa kali agaknya aku dok replay!!! Sing by Junsu JYJ... You are beautiful ^_^ Wanjan Daebak!!!!!!!!!!!!!!


1 comment:

  1. kmk suka!!! you're beautiful pakai jadi ringtone aih...blue bird pun best..argh!! lagunya semua best...hehehe

    ReplyDelete