daebak ^_^

Tuesday, December 20, 2011

Sedikit gentar @_@

Salam semua. Eh, ada ke yang sudi singgah kat blog aku yg tak seberapa ni?? Maaf la ye aku ni kdg-kdg kalau ada mood, mmg byk n3 aku buat. Bila mood tak de, mcm gini lah huhuhu sunyi beberapa hari tanpa n3.... Entah bila nak rajin sentiasa *_*

Sebenarnya Jumaat minggu lepas, aku balik kampung Mak aku. Bermalam kat sana 3 hari sebab cousin aku kahwin. Family sebelah mak aku ni berbangsa bidayuh, kiranya aku ni campuran Melayu - Bidayuh la. Bapa aku Melayu, mak aku pulak Bidayuh Islam. ( Hanya my mum yg convert Islam, family dia yg lain still kristian lagi...) Kalau diikutkan, kiranya inilah pengalaman pertama aku attend majlis kahwin bg non-muslim. Sebelum ni mmg tak pernah lgsg nak pergi huhuhu


Hanya gambar di atas sahaja yg dpt aku ambil, itu pun hasil ihsan my cuzzy Nadia. Mesti korang tercari-cari mana pengantinnya hahaha Pengantin time ni tengah tunggu turn nak naik atas pentas. Yang kat dalam gambar tu bapa pengantin lelaki. Lau nak tengok gambar pengantin tengok je yg terpampang kat banner tu. ^_~ 

Siapa pulak cousin aku?? huhu Pengantin perempuannya la cousian aku. Kalau nak ikut sebenar - benarnya salasiah keluarga aku. Pangkat aku kira tinggi sikit dari cousin aku tu sebab bapa pengantin perempuan ialah adik lelaki mak aku. Kiranya bapa sandara aku tu kahwin lebih awal dari mak aku. ** mcm aku pun akan follow trend ini juga**

Beza antara aku dengan cousin aku tu cuma setahun je pun. Mmg mengikut keturunan juga la nampaknya, turn dia dulu dan aku kemudian hahaha Adakah??? Oh, dalam hati ada sedikit gentar....@_@ ** Harap jgn ada yg tanya aku bila.... aku tidak tahu.....please.... I mean it!!! **

Apa-apa pun aku nak ucapkan Congratulation to my cuzzy 'Marylyn Taylor Frederika' and her husband 'Boniface' on their wedding!!! God bless~

No comments:

Post a Comment