daebak ^_^

Sunday, December 11, 2011

sekian kali selepas 3 tahun~

Semalam laptop aku masuk bengkel. Setelah 3 tahun usianya baru semalam laptop aku buat hal. Sebelum ni mmg lappy tu dah 'nyawa-nyawa ikan' pun sebab asyik jammed pastu lambat giler nak loading. Tak sangka bertahan juga untuk beberapa bulan dan baru semalam lappy ni dah tak boleh nak on huhuhu terus KO.

Teingat balik kali pertama aku beli laptop ni. Selepas duit pinjaman dari MARA keluar, tanpa berlengah-lengah terus ajak member temankan aku pergi Jusco beli laptop. Kalau dah da duit harus cepat beli takut lain yg aku beli nanti. Lagipun masa study, laptop ni mmg sangat-sangat penting.... assignment semua memerlukan laptop. 

Tarikh beli 2 March 2008.... Semalam 10 Disember 2011... kira dah 3 tahun lebih la kan.... Sebab itu aku sayang sangat lappy aku ni. Even sebelum ni segala macam virus yg datang menyerang, ia masih boleh bertahan lagi.... Mungkin semalam lappy aku ni mmg dah koma sangat hehehe nasib baik format balik tadi, charge nya tak mahal sangat....

Cuma yg aku agak terkilan, semua gambar terbaru aku, lagu-lagu korea dan beberapa koleksi wallpaper korea yg tak sempat aku backup hilang semuanya!!!! Dah nasib badan.... Redha je la.... Mungkin hikmahnya nak aku lupakan segala kisah lampau.... Start a something new...Yeahh ^_^

No comments:

Post a Comment