daebak ^_^

Friday, December 2, 2011

Setelah sebulan menggunakan Virgin Coconut Oil (VCO)

Ini salah satu n3 yg diperap selama seminggu. Setelah mengarap ayat-ayat utk n3 ini, bila broadband buat hal semua tak menjadi *_* Aku sudah berjanji dengan Cik Amni, iaitu stokis VCO di Kuching dan juga seorang blogger, nak buat review pasal VCO after 1 months. Boleh klik sini Yerdeh Jiwang untuk ke blog beliau...

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH... setelah sebulan lebih aku menggunakan produk ini. Ia mmg memberi kesan yg amat positif >>> 

1. Tiada lagi masalah kulit kering

Aku mempunyai masalah kulit yg kering terutamanya di bahagian T-Zone. Satu sikap buruk aku yg tak dapat nak ubah, sangat malas nak guna krim pelembab muka.*_*  Kalau mood rajin dtg baru nak pakai dan dalam sebulan boleh kira berapa kali aku letak krim pelembab di muka.


TETAPI setelah seminggu mengamalkan VCO ni, ALHAMDULILLAH masalah kering di T-Zone muka aku sudah tiada.... Aku sangat suka dengan kulit wajah aku sekarang.... rasa lembab sepanjang masa dan lembut hihihihi jerawat pun say bye-bye....  no worries anymore!!!

2. Tiada lagi masalah sembelit


Aku bukanlah mengalami masalah sembelit yang agak teruk. Cuma kadang-kadang dalam dua hari ada time nya aku langsung tak 'membuang' pun. Setelah dua minggu mengamalkan VCO, ia sudah memberi kesan pada sistem pencernaan aku. Tak sah kalau tak 'membuang' dalam satu hari. Pastu kalau ada masa yg aku melantak 'makan besar' sampai berkali-kali aku keluar masuk toilet. Pendek kata, VCO ini turut membantu dalam proses penghadaman makanan. Lepas makan, aku mmg wajib singgah ke toilet ^_^

3. Tiada lagi masalah sengugut

Biasanya kalau 'first day' aku datang period mmg terasa sakit juga. Tetapi dgn adanya VCO ni aku tak terasa sakit langsung masa period. Bulan lepas boleh pulak aku tak sedar yg aku datang bulan, sebab mmg tak terasa langsung dan hanya perasan bila terasa ada mcm bendalir yg mengalir hiksssss ^_^

Kiranya itulah antara kesan positif bila aku amalkan VCO ni. Bak kata Cik Amni, kesan yang diterima oleh setiap orang adalah berbeza mengikut hormon masing-masing. Bagi aku, seminggu pertama penggunaan VCO ini sudah menampakkan hasilnya. Syukur sangat2 kerana sudah menjumpai produk yg btl-btl berkualiti.


Hari tu masa Cik Amni buat promosi dengan harga RM39.00 sebotol, aku beli dua botol. Satu untuk aku dan satu lagi untuk emak aku sebab dia bagi duit kat aku suruh beli lagi satu botol. Ingatkan untuk dia rupa-rupanya, dia bagi aku beli lebih sementara ada promosi.... Satu botol selesai sudah, sekarang ni dalam proses untuk botol yg kedua ^_^ 

Cik Amni, next month kmk order agik ngan kitak.... ada baca n3 kita yg 'Harga berpakej, lebih murah'... hehe menarik!!!!!!
:::::: Bagi sesiapa yg nak tahu lebih lanjut lagi pasal VCO ni boleh je singgah ke blog Cik Amni....sila rujuk link yg aku bagi tadi...... Aku yakin korang juga akan berpuas hati ^__~ ::::::

1 comment:

  1. memang sangat best owh pakai tok....kmk pun dah masuk botol ke dua...

    ReplyDelete