daebak ^_^

Sunday, December 4, 2011

What should I do??

Tiba-tiba terasa seperti melakonkan babak dalam drama korea. Babak bila hero dan heroin berlari-lari sambil berpegangan tangan. Bunyi memang nampak romantik. Cuma mungkin bagi situasi aku ia agak berbeza sedikit. Kenapa?? Nanti aku huraikan cerita seterusnya.... Mimpi memang indah belaka, bila tersedar dari mimpi... Oh, menganggu naluri dan emosi..... Ottoeke??? Wae?? 


In my dream::: Tanpa sedar tiba-tiba kamu muncul. Seperti biasa, di mana kamu pergi ( zaman sekolah dulu ) pasti ada sahabat karibmu 'Serey'.... Aku pulak ditemani sahabatku 'Mimi'.... Dalam mimpi, kurang jelas apa arah tujuan sebenar kita. Seperti kita menapak ke arah shopping mall. Lepas tu kita mula berpasangan, aku dan kamu... manakala 'Serey' tiada pilihan lain selain 'Mimi'. Bila dah berpasangan, masing2 ada arah tujuan sendiri. Aku dan kamu jalan2 sambil cuci mata tengok barang.... Pasangan 'SM' pulak entah ke mana menghilang.

Bila dah boring dalam shopping mall, kamu ajak aku keluar ambil udara segar... Tengah syok jln2, tiba-tiba ada pengumuman. Kiranya berbunyi macam ada demonstrasi jalanan.... Orang awam diingatkan supaya berhati-hati. Aku dan kamu tidak mengendahkan pengumuman itu. Cuma apabila ternampak ada yg membaling batu baru aku dan kamu lari.

Dari situ lah bermulanya babak dalam drama korea.... Aku pegang tangan kamu kuat giler.... Kamu pun sama.... Kita pasangan yang berlari seolah-olah masuk acara lumba lari 100meter.... Entah berapa jauh la kita berlari. Bila dah sampai di Stesen Bas, baru kita berhenti. Masa tu manusia mmg ramai sangat... Pihak Polis pun banyak sebab nak kawal keadaan. Aku dah risau sebab tak jumpa pasangan 'SM'.... Masa tu, pegangan tangan langsung tak lepas pun...

Dlm ramai2 manusia, kita cuba mencari pasangan 'SM'... Nasib baik selang beberapa minit, dia orang pun muncul... Baru lega rasa hati... Masing2 cuba menarik nafas lega dan bercerita apa yg telah terjadi... Masa kamu sibuk berbual dengan 'Serey' dan 'Mimi'... aku pulak seolah-olah di dunia sendiri sebab asyik tengok manusia lain mungkin disebabkan terlalu penat berlari tadi....

Mungkin kamu perasan yg aku seolah-olah di dunia sendiri, kamu cuba tegur aku.... Pakaian aku mmg agak selekeh masa tu.... Rambut pulak kusut-masai akibat berlari tadi.... Tiba-tiba kamu selak rambut aku supaya nampak kemas kembali..... Tup... Tap... Tup... sedar dari mimpi........

In reality:: Bila sedar je dari mimpi tu.... Respon aku?? Speechless.... Perasaan mmg mcm dibuai-buai je... Lebih2 lagi sebab bila kamu buat mcm itu, nampak kamu caring sgt psl aku... Hakikatnya, itu hanyalah 'mimpi'. Kalau in reality, mana ada kita berpegangan tangan.... Bukan muhrim mana boleh kan... lagipun aku bertudung, mana la kamu boleh main selak-selak rambut aku..... Lagipun kisah antara aku dan kamu sudah setahun lebih menyepi tanpa kata putus.... Ibarat kisah yg terhenti tanpa penamat cerita....???????

:: Oh, no!!! Andheyo!! Nampaknya kamu muncul lagi dalam mimpi aku.... What should I do?? Aku penat sebenarnya...... Aku cuba menguatkan diri sendiri agar tidak memikirkan pasal kamu lagi.... Tapi, kamu muncul juga dalam mimpiku....... Tuhan, bagi aku kekuatan.......~ ::

No comments:

Post a Comment