daebak ^_^

Sunday, January 8, 2012

Best Award for Korean Drama 2011

Sebelum aku menghuraikan lebih lanjut pasal ni, ingin aku tekankan di sini... Bahawanya segala nama pemenang yg dipilih ialah pilihan AKU sendiri dan tiada kaitan dengan pemilihan pemenang yg sebenarnya di Korea... ehee Nak tahu keputusan pemenang Award untuk 2011 yg sebenar?? Klik di sini

Pening juga nak pilih siapa yg terbaik. Sebab bagi aku tahun 2011 banyak drama yg best. Pelakon tak kira la namja (lelaki) atau yeonja (perempuan) banyak juga yg terbaik. Bikin aku rambang mata.... -_~ Sebelum ni aku ajak kawan aku Diary Zahidah Wahid buat award sendiri utk drama korea. Dia dah pilih pemenangnya, aku je la ketinggalan kebelakang. Tak tahu nak pilih siapa.....heeeeeeee

Akhirnya, setelah mengambil banyak masa berfikir, pemenang sudah dipilih......
( maaf terlambat seminggu -_- )

1) Calon Pelakon namja Terbaik

Ji Sung , Lee Dong Wook
Pemenangnya ialah >> Lee Dong Wook. Pelakon air mata dalam drama Scent of Woman. Mula-mula aku keliru nak pilih antara LDW atau Ji Sung. Bila fikir lama-lama, merasai kembali setiap lakonan dia org. Ye, aku lebih merasai lakonan LDW... huhuhu hati ini tersentuh melihat air matanya..... ~_~

2) Calon Pelakon yeonja Terbaik

Yoon Eun Hye , Kim Sun Ah
Pemenangnya ialah >> Yoon Eun Hye... Yang inilah paling susah aku nak pilih... Tersangat susah! YEH dan Kim Sun Ah... Dua-dua aku suka... Lakonan kedua-duanya juga terbaik. Mungkin sebab aku lebih lama mengenali YEH, jadi lakonannya lebih memberi kesan ke atas jiwa aku. Aku suka lakonannya yg sempoi dalam Lie To Me... Nampak seolah-olah dia berlakon tanpa skrip, macam dalam realiti!

3) Best Couple

Yoon Eun Hye & Kang Ji Hwan , Kim Sun Ah & Lee Dong Wook
Choi Kang Hee & Ji Sung , Lee Min Ho & Park Min Young
Keliru!!!!!!!!!!! Pening!!!!!!!!!!!!!! Semua adalah terbaik... Tapi kena juga pilih pemenang di kalangan mereka. Keputusannya ialah >>> Choi Kang Hee & Ji Sung....... Dia orang nampak sangat serasi. Pasangan yang happy go lucky sentiasa. Ketabahan CKH dan JS yg bebal mengembirakan hati penonton. Langsung tak nampak dia org kekok antara satu sama lain. Sebab itu aku pilih dia org.... (Aku pilih bukan hanya tengok drama je tau, siap aku tengok The Making, YG's dan X-Files PTB.... )

4) Drama Terbaik 2011







Lie To Me ( aku tak jumpa linknya. adakah aku terlupa buat preview pasal drama ini?? rasanya ada!!)

Pemenangnya >> Lie To Me

Sebab:  Aku suka kisah cinta yang tak berat. Aku suka SOW juga, tapi drama itu terlalu berat buat aku. Aku bukan setabah KSA utk menhadapi kisah cinta sebegitu.

Dlm LTM ni kisah nya lebih sempoi. Macam aku kata tadi lakonan YEH mmg memberi kesan yg amat besar ke atas diriku. Nampak sempoi dan bersahaja. Mcm tak ada skrip dan seolah-olah itulah realiti! Kata-kata yg amat aku suka dlm drama LTM ialah 'Mengimbas Kenangan Untuk Menghargai Harga Cinta'...

( Ada kaitan sedikit dlm hidup sebenar aku.... Sebab itu LTM betul-betul memberi impak yg cukup besar buat aku..... Kenangan... ya...DIA.... +_+ )

5) OST Terbaik

Seharusnya ini yg terbaik.... You're Beautiful by Junsu JYJ... Scent of Woman OST.... daebak!!!!!!!!!


:: Tahun 2011 milik SBS....... Harap-harap 2012 ini ada banyak lagi drama Korea yg terbaik ^_^ ::

3 comments:

  1. pelakon lelaki terbaik = ji sung
    pelakon wanita terbaik = kim sun ah
    best couple = choi kang hee & ji sung
    best drama = scent of a woman
    best ost = rambang mata, ost SOAW semua best...kekeke

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. drama scent of woman terbaik
    pelakon yang amat hebat ^_^

    ReplyDelete