daebak ^_^

Tuesday, January 10, 2012

Jodoh itu di tangan ALLAH~

Maghrib tadi dapat mesej dari my best chingu, dia cakap ada 'hot story'. Kawan sama sekolah dulu nak kahwin bulan 3 ni. Si lelaki dan perempuan tu pun dua-dua kawan sekolah kita orang juga. Yang nak dijadikan 'hot story' nya di sini, semua kawan-kawan tak sangka. yang dia orang ni akan berkahwin. 



Sebabnya masa sekolah dulu,  dia orang bukannya pernah berkawan pun, apatah lagi nak bertegur sapa. Lagipun dulu, si lelaki tu couple dengan kawan kita org yg lain. Si perempuan tu plak mmg ada pakwe lain. Tapi, itulah kalau dah jodoh kan?? Tak sangka pulak lepas habis sekolah dia orang jadi kawan. 

Aku dah dapat kesan yg dia orang ni couple tahun lepas ( sebab dia orang ni kira rahsiakan perhubungan dia org ). Aku ni kalau part mcm ni cepat sikit dapat aura (bukan busy body ok.. ) hahaha Aku ada juga bagitau hal ni kat my best chingu pasal firasat aku tu. Mungkin sebab semua kawan-kawan lain belum tahu lagi hal ni, jadi ia senyap macam tu je. 

Tadi check kat FB, banyak je yg komen hahahaha akhirnya rahsia itu tidak bertahan lama. Si lelaki tu ajak semua kawan-kawan datang ke majlis perkahwinan dia orang. Apa lagi semua tanya siapa pengantin perempuannya?? Bila dibagitau yg pengantin perempuannya kawan kita org tu, si perempuan, semua terkejut.

Jodoh itu kan di tangan ALLAH. DIA yg mengkehendaki setiap apa yg berlaku. Kdg-kdg apa yg berlaku itu tidak tercapai dek akal fikiran kita. ALLAH itu maha besar.... dan setiap apa yg berlaku itu adalah sebaik-baik kejadian.

Buat bakal pengantin baru, Selamat Melangkah ke alam Baru kawanku. Moga bahagia hingga ke syurga dan sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH..... ^_^


No comments:

Post a Comment