daebak ^_^

Wednesday, January 4, 2012

Kembali ke sekolah...

Hari ini hari pertama persekolahan bagi tahun 2012. Teringat kembali zaman sekolah dulu, kalau dah lama cuti mmg malas nak bangun pagi keesokkan harinya utk pergi ke sekolah. Itu cerita zaman sekolah rendah la sebab pergi sekolah jalan kaki (masa darjah 1-3) dan guna kereta ayah ( masa darjah 4-6 sebab sekolah agak jauh dari rumah ). Tak pernah langsung merasa naik bas sekolah....... Mcm best je kan ramai2 pergi sekolah naik bas...


Cerita sekolah menengah pulak berbeza sebab dulu aku sekolah menengah berasrama penuh. So, kebiasaanya aku akan balik ke sekolah pada petang hari Ahad. Time ni la seronok hehehe memandangkan aku tinggal kat asrama mmg banyak la bawa stok makanan dari rumah... Roti kraker, maggi, keropok... macam2 ada.... Sangat rindu pada kenangan ini..... Mula-mula mmg berat je hati nak balik ke asrama.... Tapi bila dah masuk Tingkatan 4, dah seronok dengan suasana asrama... terasa macam tak nak cuti sekolah, nak stay je kat asrama.


Hari pertama persekolahan biasanya sesi santai je. Belum mula lagi sesi pembelajaran yg berat-berat. Hari pertama sekolah ni la cikgu kelas busy pasal yuran, kedatangan, pelantikan ketua dan penolong kelas.... berbual-bual dengan pelajar. Masa aku dulu, masa macam ni mmg akan digunakan utk berborak dengan rakan-rakan. Macam2 cerita yg keluar... Sambil-sambil tu merancang nak makan apa masa rehat nanti. 

Kelakar je bila ingat semua tu. Dua benda ni budak-budak asrama mmg wajib akan ingat sampai bila-bila. Yang pertama MAKAN... Masa belajar mmg asyik kira masa bila la nak rehat sebab asyik lapar je.... Bila break utk tengahari makan lagi..... Petang pun makan lagi... 24 jam mmg asyik nak makan je. Yang kedua pulak ialah TIDUR hehehe yang ni mmg tak boleh nak lupa.... Tipu la kalau ada yg cakap dia tak pernah tidur masa cikgu mengajar... Aku dulu sampai kena ketuk kepala sebab tertidur ngeee hehehe kenangan yg terindah *_~

No comments:

Post a Comment