daebak ^_^

Friday, January 6, 2012

Kisah di sebalik lagu~

Kadang-kadang apa yg kita rasa di hati tak semuanya kita dapat luahkan melalui kata - kata. Itulah ada orang kata ' berdiam itu lebih baik dari berkata-kata '. Tapi sampai mana kita nak berdiam diri. Takut perasaan yg dipendam lama - lama itu akan memakan diri sendiri. Hmm, bercakap mmg mudah, hanya empunya diri yg lebih memahami apa yg mereka rasa... Bak kata pepatah, ' berat mata memandang lagi berat bahu yg memikulnya '.

Eh, pendahuluan yg amat panjang berjela. Penuh dengan metafora. Sebenarnya, aku nak kata.. kdg2 sukar utk kita nak luahkan sesuatu kepada org lain. Mungkin kerana hendak menjaga hati atau merasakan diri ini tidak layak utk berbuat begitu. Oh, apakah ini?? Sebab itu bila aku rasa ada sesuatu yg aku tak dapat luah melalui kata - kata aku akan luahkan melalui lagu. 

Selalu juga berlaku pada diri aku sendiri, kalau satu hari tu emosi mcm tak menentu, dan tak sengaja dengar pulak lagu baru. Mula-mula dengar mmg tak tahu tajuk lagu, cuma dengar lagu kat radio ataupun di televisyen. Tahu artis yg menyanyikan dan bait-bait kata lagu. Bila selesai je lagu dinyanyikan, terasa seolah-olah bait lagu tersebut mcm sesuai sgt dgn perasaan aku ketika itu.... 

* Bangun tidur teringat dengan lagu ini


* Bila rasa diri disayangi lagu ini terus bermain -main di fikiran.


* Mood terasa nak menari rancak... Jom, layan Suju Oppa


* Di kala berputus - asa, nak mencari semangat yg hilang


* senyum sampai ke telinga


* Selamat tinggal sayangku....


* I love you... Nomu2 chua... saranghaeyo....


* Kisah kau & aku..... ini suratan buat kita... Aku terima seadanya......


* Terima kasih... Gombawo... Kamsahamnida.... utk segalanya..............


:: Alamak n3 ini jadi panjang lebar.... Maaf la ye, semua lagu korea hihihi setiap lagu di atas mempunyai maksud yg mendalam dan memberi impak besar buat diriku... Nak faham, hayati la lagu tersebut ngeeeeeee
Meminjam rasa dari lagu.... Kamsahamnida.... ~ Sarang Pyeonji~ ::

No comments:

Post a Comment