daebak ^_^

Monday, January 9, 2012

Masam Manis : Rencah Kehidupan

Malam-malam begini singgah sebentar ke blog Masam Manis, buat aku rasa lapar! Hehehe Blog ini salah satu blog masakan kegemaran aku.

Wah, lama tak singgah kat situ. Dah tukar background baru, siap letak lagu 'Season In The Sun'... Tiba-tiba teringat zaman sekolah menengah dulu. Cikgu Suzy guna lagu ni utk ajar kita orang Bahasa Inggeris. Salah satu pendekatan yg memberi kesan dlm diri semua pelajar.. Lagu ni siap kita org cop lagu kenangan sepanjang zaman batch SMKAM 2000/2004.



Masam Manis, sesuai dengan nama blog beliau... Kak Ita empunya blog banyak memberi tunjuk-ajar tentang masakan. Banyak yang aku pelajari tentang masakan dalam blog beliau. Kak Ita bukan sahaja berkongsi resepi malah beliau juga memberi banyak petua dalam masakan yg kdg2 aku sendiri mengambil mudah perkara tersebut.

Dalam memasak, kita memerlukan passion yang cukup. Kalau tiada keikhlasan juga, rasa makanan yg kita masak itu tidak mencapai tahap sehingga memberi kesan di hati pemakannya..... Itu yg aku belajar dari Masam Manis. Sebab itu kalau korang tengah marah pastu memasak, mmg makanan itu akan jadi tak sedap. Mengapa?? Sebab perasaan ketika itu penuh dgn kemarahan, jadi passion dan keihlasan utk memasak itu tiada. Tak percaya??

Cuba korang try. Kalau aku mmg mcm tu. Sebab itu kalau aku tengah marah atau malas... Jangan paksa aku memasak... Mmg hancur la masakan aku tu. hehehe sebab itu PASSION dan KEIKHLASAN itu penting!! Bukan hanya dlm masakan je tau, begitu juga dalam kehidupan ^_^

2 comments:

  1. Terima kasih Izah..
    Aduyaiii... terharunya akak..
    Akak sekadar berkongsi apa yang akak tahu..
    Semoga ianya memberi manfaat kepada semua..

    Terima kasih sekali lagi Izah..
    Happy Cooking and Baking :-)

    Salam sayang
    Azlita Masam Manis

    ReplyDelete
  2. Wah... Kak Ita follow saya... terima kasih utk segalanya.... ^_^

    Moga kita sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH~

    ReplyDelete