daebak ^_^

Friday, January 13, 2012

Misi hampir selesai!

Tinggal 3 lagi, pastu misi ini akan berakhir dengan jayanya. Korang agak-agak misi apakah yg sedang aku usahakan ini? Hehehe bukannya misi luar biasa pun sekadar misi biasa yg membuatkan aku terlebih excited!!!

Kat n3 ini aku ada tunjuk pic ini >>


Oh, apakah itu?? (Abaikan tulisan yg tak berapa nak betul tu ye) Itu list untuk misi yg tengah aku buat sekarang ni. Misi membaca semua novel karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Sudah hampir selesai dan ini checklist terbaru :

My cheklist for RAM novel :

1. A.D.A.M > done
2. Tombiruo > done
3. Tombiruo Terakhir > DONE (2012)
4. Ranggau > done
5. Rahsia Perindu > done
6. Mandatori >
7. Satu Janji > done
8. Semangat Hutan > DONE (2012)
9. Bagaikan Puteri > cerita epik so skip....
10. Hatiku di Harajuku > done
11. Cinta Sang Ratu > skip
12. Ungu Karmila >
13. Hijap Sang Pencinta > skip
14. Mikhail > done
15. Sutera Bidadari > skip
16. Cinta Sufi > skip
17. 9 Nyawa > DONE (2012)
18. Rayyan Fantasi >
19. Fiksyen 302 > done

Tinggal Mandatori, Unggu Karmila dan Rayyan Fantasi saja lagi. Aku ni tak gemar genre epik ni so aku mmg skip semua novel genre epik tu. Eheeee... ^_^

Selepas selesai baca 'Ranggau' dan '9 Nyawa'.. Bagi aku, kedua-dua novel ini saling berkait. Apa yg plg penting, ia betul-betul menyentuh hatiku.... Terasa aku makin dekat dengan-NYA... Kenapa?? Korang juga harus baca novel tersebut, jawapannya da terdapat dalam kedua-dua novel itu. Terima Kasih RAM kerana menghasilkan sebuah karya yg bukan hanya menarik utk dibaca tetapi turut sama menambat hati pembaca utk mengenali YANG MAHA ESA dgn lebih dekat lagi.... ALLAHHUAKBAR!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment