daebak ^_^

Tuesday, January 3, 2012

Novel Ombak Rindu vs Filem Ombak Rindu

Semua orang dah sibuk pasal filem Ombak Rindu ni tahun lepas, aku pulak baru terhegeh-hegeh nak tengok filem ni. Malam semalam bila dah boring online aku ambil masa sedikit layan Ombak Rindu... Huhhhhhhhhhhhhh itu yg keluar dari mulut aku bila selesai je tonton filem tu.

Oh, ini ke rupa filem yg orang kata box office?? Bukannya niat aku nak memperlekehkan filem itu... CUMA... kalau versi novel mmg TERBAIK la aku bagi. Siap aku boleh khatam beberapa kali. Fauziah Ashari begitu bijak mengolah novel Ombak Rindu sehingga pembaca terasa dibuai-buai.


Tapi bila cerita pasal filem... Hampeh... Boring... serius aku cakap... Ini yg orang kata, indah khabar dari rupa.... Mula-mula mmg aku excited nak tengok filem ni... Sebab semua org kata best, box office... aku pun mula menggambarkan yg filem ni akan se'best' novel.

Lastly, huh.... sangat kecewa.... Ia aku akui bukannya senang nak adaptasi novel ke filem. Dalam novel mmg kita boleh hurai panjang-panjang. Kalau dalam filem yg hanya diperuntukkan masa 2 jam, apa yg boleh kita buat??? Oh, jangan nak jadikan itu sebagai alasan... Kenapa filem 'Twilight The Saga' boleh je best sama macam novel... Pastu filem 'Lagenda Budak Setan'... boleh la dipuji juga... So, apa masalah Ombak Rindu?? 

Bila aku tengok filem Ombak Rindu macam aku tengok babak dalam teater.... Korang perasan tak??? Jalan cerita kejap sana kejap sini tak rasa langsung kesinambungannya..... @_@

No comments:

Post a Comment