daebak ^_^

Sunday, January 29, 2012

Save The Last Dance For Me...

Dah lama teringin nak tengok drama ni, tapi baru sekarang berkesempatan. Drama ni dah lama release pun.... kalau tak silap aku tahun 2004, time tu aku Form 5... huhuhu Selepas 7 tahun drama ni release baru tahun ni dapat tengok. Aduh, sadis tak?? Entah kenapa aku teringin sangat nak tengok drama ni. Kalau aku ingat balik, banyak kisah di sebalik peristiwa aku nak dapatkan cerita ini.


Mula terdetik di hati aku pasal drama ni, masa tu aku tengah outing dengan member. Biasa la kalau dah outing, tempat yang tidak akan miss utk singgah ialah kedai Speedy. Singgah kat Speedy terus pergi kat Korean Drama Corner. Nampak DVD drama ni hati terus terpaut. Tapi masa tu aku tak mampu beli lagi dvd drama ni sebab sangat mahal.... 

Entah kenapa aku suka drama ni.. Mungkin tertarik dengan cover drama ni kot. huhu Sebab masa tu aku tak kenal Ji Sung - lead hero drama ni. Kenal Ji Sung pun lepas tonton drama terbaru dia Protect The Boss... Nak kata suka Eugene -lead heroin pun tidak.... Apa yang pasti aku suka drama ini hanya lepas tengok cover dan tajuk drama ni...Ini baru org kata cinta pandang pertama  -__-

Lepas tonton drama ni, aduh...... sayunya hati... habis basah bantal aku dek air mata yg turun bak hujan yg tak henti-henti. Mmg sedih....... Teringat pulak kat drama taiwan 'Prince Who Turn To Frog'.... A'a ada persamaan STLDFM dengan drama PWTTF.... Kisah cinta yang banyak dugaan sebelum mencapai kebahagiaan.... 



Kalau siapa yg nak belajar apa itu erti sebuah ketabahan.... boleh la layan drama ni. Tapi sebelum tu jangan lupa sedia tisu banyak-banyak.  Layan OST pun dah jatuh leleh apatah lagi kalau layan drama sampai habis...


1 comment:

  1. http://www.wanghantaran.com/index.php?ref=amirariff...........

    ReplyDelete