daebak ^_^

Monday, January 16, 2012

A Thousand Years

Bila dah asyik dengan Korea ni, aku dah kurang pulak update perkembangan muzik Barat. Ye la, siang malam dengan Korea, hari-hari layan drama korea, lagu korea... pendek kata semuanya Korea la. huhuhu

Mmg dah lama minat korea ni tapi tidak la 100% tumpuan diberikan, kiranya ada juga update pasal hiburan tanah air atau barat. Lagipun masa study degree dulu, member-member takde yg gila sgt pasal Korea ni. Dia org lebih kepada movie dan lagu Inggeris. Member yang kaki Korea pun kawan sekolah dulu je. Sebab itu dulu aku lambat sikit nak update pasal Korea. 

Sejak dah habis degree ni tumpuan 100% mula berikan hanya utk Korea sahaja. ^_^ Tambahan lagi cousin aku semua dah kaki Korea. Aura korea berjaya aku perluaskan heheee so kiranya senang sikit nak dapatkan bahan-bahan bakar Korea ni eheeee 'sgt mendalam maksud itu'.... Sejak semalam, aku dengar radio masa ambil mak aku pulang kerja, dengar lagu ni.... 'A Thousand Years'.... macam best!!! Mula-mula ingatkan Cristina Aguirela yang nyanyikan lagu ni.

Rupa-rupanya penyanyi baru Cristina Perri hahaha dah lama sgt tak update pasal muzik Inggeris ni. First time dengar lagu ni, fuh layan habis... Feeling.... ditambah dengan muziknya yg mendayu-dayu... Kalau time mengantok dengar lagu ni, mmg boleh tidur dgn lena. I love this song... Tadi tanpa membuangkan masa terus dowload lagu ni.... dan dan aku baru tahu juga, la lagu ni OST utk 'Breaking Dawn'.... Aigoooo, ketinggalan nya ko Izah eheeeeee..... 

Kiranya ini la lagu Inggeris pertama utk tahun 2012 yang aku dowload huhuhu -__- ... Part yang plg aku suka>
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
Jom tukar selera jap.. Kita layan lagu ni pulak.....


:: Bila dengar lagu ni, buatkan aku berfikir masa lalu. Adakah aku yg bersalah kerana tidak bersabar atas segalanya? Aku bukan seorang yang tabah untuk itu... Sudah sekian lama bertahan, nampaknya kesabaran aku hanya takat itu sahaja. Sungguh takut utk jatuh cinta lagi!! -__~ ::

No comments:

Post a Comment