daebak ^_^

Saturday, February 4, 2012

5 things 1 meaning~

Tengah update blog tadi tiba-tiba terfikir sesuatu. Seperti yang aku kata kat entries aku sebelum ni, otak ni mmg asyik berfikir, fikir dan terus berfikir hehehe Tengok sekeliling bilik, takde la barang berharga sangat. Tapi ada 5 benda yang aku paling sayang.... Kalau boleh ke mana saja aku pergi nak bawa sama 5 benda itu.

Kalau siapa yang dah kenal lama dengan aku, pasti dapat meneka apa 5 benda yang berharga bagi aku. Ingat zaman study degree dulu hahaha pernah main kuiz ni dengan member. Biasanya, member akan dapat teka at least 3 atau 4 yang betul.

Apakah 5 benda yang berharga itu???

1. HELLO KITTY

Aku adalah penggemar tegar Hello Kitty. Tak kiralah dari yang sekecil HK hingga sebesar HK. Selalunya aku ni pantang kalau jumpa HK, wajib beli. Walaupun sekadar sticker, aku sanggup ok. Tak kira la orang kata aku ni 'orang tua yg tak sedar diri' hehehehe


2. Koleksi Novel dan Buku Ilmiah

I love books... Tak kira la novel, buku ilmiah atau pun Al-Quran. Setakat ni aku dah kumpul 72 buah novel, buku ilmiah tak terkira pulak hehe dan paling aku sayang tentulah Al-Quran hijau kesayangan ku. Tak kira ke mana aku merantau, Al-Quran hijau itu akan menjadi peneman setia ku. Kalau boleh aku nak bawa juga kesemua novel aku tu, tapi apakan daya.....


3. Koleksi DVD/CD

I love movie/drama..... Seharusnya Korea, Japan dan Taiwan hehehe Ada juga Inggeris dan sedikit Malay. Banyak-banyak koleksi DVD aku, yang paling aku sayang ialah 2 buah CD ( Korean Movie ). That is my birthday present from my Abang Long, Stanz Santa. Korang pernah tak dapat CD/DVD as birthday present?? hahaha Actually aku pun tak pernah sebelum ni, kiranya itulah first time org bagi aku CD as present and of course I like it. 

4. Perfume

Aku ni penggila minyak wangi juga. Botol minyak wangi yg dah habis guna aku tak akan buang pun. Semua itu aku simpan baik-baik dalam kotak. Ingat nanti kalau dah da rumah sendiri, nak beli satu almari khas untuk simpan semua koleksi botol minyak wangi aku ni. Aku tak kisah sangat kalau minyak wangi itu murah atau mahal. Sebab bagi aku, janji baunya lembut dan tak menyengat. Selalunya aku beli minyak wangi Avon.... Tak mampu lagi nak beli yg mahal-mahal...*_*

5. Surat dan kad lama

Yang last ni paling berharga buat aku. Tak kira la surat/kad dari 'kamu', adik angkat atau pun member sekolah atau degree dulu, semua aku simpan dengan elok lagi. Kalau tengah boring, baca balik semua surat/kad tu... Mmg buat aku senyum sorang-sorang. Pastu mula kutuk diri sendiri..'Eeeee gatal sungguh aku zaman dulu, rasa nak je empuk kepala kat dinding.....'but it meaningfull for me.... hahaha LOVE & FRIENDSHIP that make me matured  and learn about LIFE...' -___-

No comments:

Post a Comment