daebak ^_^

Friday, February 3, 2012

L.I.F.E

Tak tahu nak update pasal apa hari ini. Nak cerita pasal life aku sekarang, nothing special. Biasa la hidup manusia ini ada naik turunnya. Nak update pasal Korea, aku masih lagi dalam proses nak habiskan layan drama 'Flower Boys Raymen Shop'... Tinggal 1 dvd lagi, lepas tu baru dapat update.

Haaaaaa entah la tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan aku sekarang ni. Rasa nak pergi jauh-jauh, ada juga rasa nak berhijrah ke tempat baru. Kalau boleh aku nak ke suatu tempat baru yang takde orang kenal aku. Kiranya kat sana aku boleh mulakan satu kehidupan baru dan berkenalan dengan orang yang baru.

Apa yang aku nak sekarang ini?? Fikir, fikir dan fikir lagi.... Rasa macam semua benda stuck kat dalam otak fikiran. Lepas itu tak tahu macam mana nak keluarkannya..... Nak kata sedih, tidak.... Nak kata gembira pun tidak.... Maybe neutral?? Hahaha apa yang aku mengarut ni???

Tapi itulah kehidupan... Mungkin sekarang ni masa turunnya kehidupan aku. Peringatan buat diri aku sendiri sebagai hamba ALLAH yang serba kekurangan. 


Kalau kehidupan kita sentiasa mendatar je macam tak seronok juga kan?? Sebab itu kehidupan manusia ni macam makanan. Ada manis, masam, masin, pahit dan tawar. Kalau hari-hari makan makanan dengan rasa yg sama tentulah kita boring kan?? So bila banyak variety of food rasa seronok kan.... Macam itu juga dengan kehidupan kita ni... Dugaan sentiasa datang dan pergi. Kita cuma perlu tabahkan hati dan minta diberi kekuatan oleh ALLAH. 


:: Sebelum ni aku rindu dengan awam biru. Hari ini aku rindu dengan pantai!!! Lamanya tak pergi pantai..... *_- ::

No comments:

Post a Comment