daebak ^_^

Tuesday, February 21, 2012

Ommo, 40?? -__-

Assalammualaikum.... Anneyong!!!

Seminggu lebih tak buka blog. Broadband aku on off je, biasa la bila di luar kawasan aktif. Line mmg selalu je problem hihihi Sebenarnya aku terkejut ni... Tak sangka walaupun blog tak ter'update', tiba-tiba bila tengok jumlah follower.. Aih, setahu aku sebelum ni 39 je, ni dah bertambah satu jadi 40?? Mata buka luas-luas sebab sangat sukar nak dipercayai.

Bukannya apa, aku ni cuma blogger suam-suam suku je. Kalau rajin baru nak update blog, jadi aku tak kisah la sama ada, ada tak orang singgah kat blog aku ni. Bila tengok ada juga yg sudi follow, terharu siot.... Terima kasih daun keladi ye sebab korang sudi juga follow blog aku yg serba kekurangan ni.

Oh ya, aku ada juga dapat mesej dari seorang readers ni. Tapi tak tahu la sapa, cuma dari bahasa yg dia guna aku tahu dia org Kelantan. Buat readers tu, aku nak ucap terima kasih juga sebab sudi nak hantar mesej kat aku. Maaf la ye sebab baru sekarang berkesempatan nak reply.... ' Kawe mmg suko Korea, ahakss tapi tok done lagi nak g Korea ni.... Terima kasih deh kat moo sbb sudi bg msj kat kawe..... ' ( Maaf kalau bhs Kelantan kawe terabur hehehe org Swk kecek Kelate supa tu la  ^_^ )

Banyak lagi sebenarnya yg aku nak share ni. Banyak perkara yang sedih dan gembira yang berlaku. Nanti aku update lagi ye ^_^


No comments:

Post a Comment