daebak ^_^

Monday, March 19, 2012

Laman Sosial

Setelah lama FB aku menyepi tanpa status baru, kiranya semalam la baru aku ada mood nak update status. Itu pun sebab nak wish birthday abang long stanz. Kalau tak jangan harap la aku nak update bebagai. Hmm, ingat dulu masa study, FB mmg wajib update hari-hari. Kiranya tak lengkap je rasanya life ni kalau sehari tak update status kat FB. Kononnya lah! 

Aku ni dulu kira boleh la dikatakan buta IT. Dulu mana nak kesah sangat pasal YM, chatting, sent email ni. Ingat lagi masa kali pertama ada akaun email Yahoo. Itu pun sebab kena buat tutorial masa kelas komputer Form 6, terus belajar hantar email dekat member sekolah. Huhuhu sangat kuno aku zaman dulu. Lepas tu baru tahu kewujudan Friendster. Itu pun my chingu Enot yang bagitau dan dia suruh aku sign up juga sebab senang nak contact member yg lain. Ala, masa tu mana la aku reti segala benda alah tu so suruh Enot la buat akaun Friendster utk aku.

Sejak tu baru kira celik sikit pasal IT ni hahaha Asyik dengan Friendster lepas tu masa study degree orang sibuk dengan Tagged pulak.... So aku buat akaun Tagged juga. Kiranya Friendster utk member sekolah menengah dan Tagged untuk member degree. 

Beberapa tahun lepas tu, aku tengok macam kurang je member dekat Friendster dan Tagged. Ingatkan masing2 busy. Rupa-rupanya semua dah berpaling ke laman sosial yg lain. Itu pun aku baru tahu bila abg long dok sibuk suruh aku buka akaun Facebook. Eh, apa ke benda alahnya tu?? Hahaha Seperti biasa, aku yg serba ketinggalan ni suruh abg long buatkan utk aku. 

Lepas ada je akaun FB, banyak je member sekolah yg add. Pastu sibuk dengan kuiz la, sent card la macam2 la benda mengarut dalam FB tu. Kiranya akaun FB ni ruang utk aku jumpa kenalan lama lebih-lebih lagi member sekolah dulu. Kat sana leh tahu perkembangan dia org, rupa terkini dia org dan kalau nak chat pun boleh. Kiranya FB ni macam-macam ada la. 

Tapi, itu semua kisah dulu. Sekarang ni aku macam takde mood je nak ber'FB lagi. Akaun Friendster dan Tagged mmg dah lama aku buang. Rimas banyak sgt. FB ni ada juga rasa nak delete tapi bila fikir member sekolah rasa macam syg pulak. Sebab kat situ la tempat kita org berjumpa....

Aku bukannya apa, sebab rasa sgt annoying kalau org dok stalker FB kita lps tu nak mengutuk kat wall dia. Tak puas hati tak berani ckp depan2 lepas tu tunjuk lagak kat belakang apa reti kan?? Banyak juga aku kena dgn org dek kerana FB ni.... Sebab itu sekarang ni aku malas nak aktif sangat ber'Facebook..... Eh, apasal aku tiba2 emosi ni... ???

No comments:

Post a Comment