daebak ^_^

Tuesday, March 13, 2012

Pengalaman Pertama

Kalau sebut pengalaman pertama, mesti banyak kisah di sebalik yang berlaku. Itulah yang aku alami sepanjang akhir bulan Feb hingga awal bulan Mac ni. Satu pengalaman baru yg cukup bermakna buat aku. Setiap manusia kat dunia ini mmg akan merasai saat kesusahan di mana bila dugaan itu datang berturut-turut. Bak kata pepatah, ibarat jatuh ditimpa tangga. Hmm, sesuai ke aku guna frasa itu?? mmmmm 

Dipendekkan cerita, adik mak aku kiranya pangkat auntie la bagi aku, tiba-tiba jatuh sakit. Masa mula-mula dapat berita itu pun aku terkejut giler. Ye la sebelum ni dia mmg sihat walafiat. Kebetulan pulak masa dpt berita tu hari cuti, mak aku terus bawa aku dan adik balik kampung.

Sampai je kat Hospital Bau, tengok auntie aku pucat dan lemah. Rupanya auntie aku mengalami pendarahan yang teruk sehingga bacaan darah nya jatuh di tahap minimum. So, atas nasihat doktor, auntie aku terpaksa admit di hospital. Bila dah dua hari kat Hospital Bau, baru tahu yang dalam rahim auntie aku ada ketumbuhan. So, kena rujuk ke Hospital Besar Kuching pulak.

Bila dah di SGH, Kuching.... doktor kata ketumbuhan itu adalah Fibroid, tapi oleh kerana dah teruk so kena bedah juga. Di tambah lagi dengan keadaan auntie aku yg kekurangan darah.... Mmg aku kecian sangat kat dia waktu tu. 

Entah la, susah juga kalau kita nak salahkan doktor ni. Sebabnya dia orang dah jalankan tugas dengan baik. Itulah kalau dah nasib, dugaan itu datang tanpa diduga. Disebabkan auntie aku kekurangan darah... Doktor bagi la tambah darah. Cun pulak proses pertambahan darah auntie aku tu pada malam hari. Mungkin ada implication... Auntie aku kata dia rasa sesak nafas....Badan dah menggigil kesejukan... Masa tu dia mmg dah redha.... bersedia utk..... siap dia pesan dkt nurse utk telefon family kita org suruh dtg keesokkan harinya tuntut mayat dia....(sebab takde org yg temankan dia masa tu. )

Tapi syukur, bak kata nya setelah berjuang hampir 1jam, dia sedar juga. Kecian sangat kat dia... Sebab itu keesokkan harinya aku tawarkan diri utk jaga dia sepanjang dia kat hospital. Ommo chenca.... Itulah pertama kali aku stay kat hospital.. Mmg tak dapat nak tidur..... terlena sekejap lepas tu tersedar pulak.... Nasib baik jumpa kawan masa sekolah dulu.Sempat juga berbual sekejap dgn dia, siap dia bagi pendapat utk kes auntie aku ni... Hmm, tumpang bangga juga bila kawan sekolah dulu dah jadi doktor. ( Buat Dr. Hairul... good luck, selamat menjalankan tugas demi masyarakat..... )

2 hari 1 malam kat SGH, doktor suruh auntie aku discharge sebab turn utk operation kena tunggu dua minggu lagi. Terkilan pulak auntie aku bila nurse bgtau mcm tu, tapi ye lah nak buat macam mana kan. Aku cuba bagi kata dorongan, bykan bersabar. Lagipun biasa la kalau hospital mcm ni ramai pesakit. Pesakit yg kritikal harus diutamakan dahulu. Lepas aku cakap mcm tu baru dia ok sikit. Bila dah kat rumah, malam tu dia rasa sakit pulak..... Last2 keesokkan harinya, dia pilih utk pergi ke hospital swasta je. 

Dah nama hospital swasta kan, mmg lah boleh cepat... janji kena ada $$$$... Tolak campur.... seminggu juga la aku jaga dia..... Pengalaman baru buat aku...... Weii, byk pulak cerita aku ni... Aku nak simpan cerita ni utk anak cucu aku nanti... supaya dia org boleh contohi apa yg aku buat ni. Bukan nak membanggakan diri.... cuma ingin berkongsi pengalaman... 

Bila jaga org sakit ni, kita kena hati-hati juga... sebab lepas tu kita sendiri pun boleh sakit  hehehe (Betul aku cakap ni.... balik je dari hospital hari tu aku terus kena hydration.... Habis muka aku kering, kulit pulak merah-merah dan gatal.... Nasib aku cepat-cepat mkn supplement.... lepas 2 hari baru keadaan aku kembali normal. )

Selain tu, kesabaran kita juga kena di tahap yg maksima... Org sakit ni mudah marah, asyik nak melenting je. Kita kena faham situasi mereka. Biasa la, mungkin dia org stress ditambah lagi nak tahan kesakitan tu. Kerenah pesakit ni macam-macam. Masa aku bermalam kat hospital... sayu je hati bila dengar cerita pesakit lain.... Kehidupan ini mmg tidak akan jauh dari semua itu.... Sebab itu ALLAH pesan ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.... yang salah satunya.... Ingatlah masa ketika kita SIHAT sebelum kita SAKIT..... 

Last but not least, bersyukur kepada ALLAH kerana mempermudahkan segala urusan ketika aku menjaga auntie aku selama seminnggu itu. Moga kami semua sentiasa berada dalam lindunganMU.

No comments:

Post a Comment