daebak ^_^

Tuesday, March 13, 2012

Perasaan itu ajaib!

Tarikh hari ni 13.3.2012.... Nombor kegemaran aku!!!..... Hari ni tak disangka kekuatan itu datang kembali. Mungkin kerana perkara yang hendak disampaikan itu lebih penting dari perasaan aku sendiri. Aku hantar mesej kat Nasey tadi sebab nak sampaikan berita perihal dik Paie.

Ala, tengok report tak delivered pulak. Hmm, macam mana ni?? Nak mesej kawan yg lain tak tahu nombor pulak... At least kalau aku bagitau Nasey, dia boleh bagi tahu 'kamu' dan kawan kamu yg lain. Sebab aku tahu kamu, Nasey dan Paie sahabat yg sgt rapat masa sekolah dulu.Fikir punya fikir... hati aku suruh aku mesej kamu juga... dan tiba-tiba kekuatan itu datang.

Setelah hampir dua tahun aku langsung tak hubungi kamu.... Akhirnya, hari ini buat pertama kalinya aku mesej kamu lagi.... hahaha ada la juga rasa macam diri ni 'mencemar duli'.. hehehe ... -_-

Kalau ikutkan perasaan sendiri mmg kalau boleh aku cuba tidak akan mesej kamu lagi. Tapi rasa macam diri ini kejam pulak. Lepas hantar mesej tadi terus biar HP di tepi... Tak mengharapkan balasan dari kamu.. Tengok2 kamu balas dgn 2 msj...

Baca mesej pertama dari kamu... nampaknya kamu salah faham ni... ( Mungkin masa tu kamu terkejut besar kot... tak sangka kan aku mesej kamu??? Sampai kamu salah baca mesej yg aku bg tu.... )... Lepas tu baca mesej kedua kamu.... Baru kamu faham.... Siap minta maaf sebab ingatkan ayah aku yg meninggal.... Aduh, nampak sangat kamu gelabah erk....

Kelakar pulak bila fikir balik... Ommo, terus aku menjerit pada diri aku sendiri tadi... Perasaan itu sangat ajaib..... Tak sangka aku berani juga tadi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment