daebak ^_^

Friday, March 16, 2012

Salaryman Cho Han Ji

Salam semua!!! Anneyong!!!

Rasanya lama dah aku tak buat review pasal drama Korea. So, hari ni aku nak review pasal drama yg tengah hangat sekarang ni. Siapa dah tengok drama Salaryman Cho Han Ji??? Aku pun baru siap download dua episod terakhir drama tu. Sebenarnya, drama ni 20 episod je tapi memandangkan sambutan yg melebihi target, terus dipanjangkan 2 episod menjadikan drama ni sebanyak 22 episod.


Salaryman Cho Han Ji ni kira drama Korea baru pembukaan untuk tahun 2012. Mula ditayangkan kat Korea masa penghujung Disember 2011 dan baru je habis minggu ni la kat Korea. Kalau kat Malaysia mmg dah ditayangkan pun kat Channel One 393 Astro Beyond tapi lambat beberapa episod la.

Mula-mula aku tak tertarik pun nak tonton drama ni hehe Biasa la kan... bila tengok hero yg berlakon ala... muka macam poyo je, langsung tak menarik hati aku. Tetapi semua andaian itu bertukar 100% bila aku tertengok drama ni kat Astro. Masa tu tengah boring, so saja-saja tengok drama ni... Kebetulan pulak baru episod 1 kat Astro. OMG, sekali bila dah layan.... terus jatuh cinta!!!!!!

Itu lah org kata don't judge the book by its cover.... Walaupun muka hero tak hensem... tapi lakonannya yg kelakar mmg mencuit hati aku.... Ececece mcm dah jatuh cinta je dengan Si Yoo Bang ni.... Lepas tu terus aku download episod terkini kat internet. Tak sabar nak tunggu sebab kalau tunggu kat Astro lambat sikit hehehe Akhirnya berjaya juga aku habiskan sampai episod 22 sama masa airing kat Korea.


Buat semua penggemar drama Korea... Pastikan korang tengok drama ni. Mmg gelak sampai sakit perut. Drama ni ada unsur suspen tapi tak berat sgt la sebab ia lebih kepada unsur komedi. Banyak pengajaran yg boleh di  ambil di sebalik drama ni. Setakat ni, bagi aku drama ni dah kira The Best Korean Drama for 2012 hehehe Tak percaya??? Kat Korea pun drama ni top tau....


Episode Ratings
DateEpisodeNationwideSeoul
2012-01-0218.19.9 (19th)
2012-01-03210.2 (19th)11.9 (12th)
2012-01-09311.3 (13th)12.8 (9th)
2012-01-10410.2 (17th)12.1 (12th)
2012-01-16513.5 (7th)14.9 (3rd)
2012-01-17611.5 (14th)12.2 (10th)
2012-01-2379.2 (8th)9.4 (9th)
2012-01-24812.6 (3rd)14.5 (3rd)
2012-01-30914.5 (4th)16.1 (3rd)
2012-01-311015.9 (3rd)17.3 (3rd)
2012-02-061117.1 (3rd)19.1 (2nd)
2012-02-071219.4 (3rd)21.5 (2nd)
2012-02-131320.1 (3rd)23.8 (1st)
2012-02-141420.4 (3rd)22.9 (1st)
2012-02-201521.6 (2nd)25.2 (1st)
2012-02-211622.2 (2nd)24.3 (1st)
2012-02-271721.0 (3rd)22.8 (1st)
2012-02-281823.0 (2nd)25.2 (1st)
2012-03-051922.7 (3rd)24.7 (1st)
2012-03-062023.3 (1st)24.5 (1st)
2012-03-122122.1 (2nd)23.5 (1st)
2012-03-132224.2 (1st)24.7 (1st)
Source: TNmS Media Korea

Daebak!!! So, percaya tak???? Hmmm, mmg aku akan merindui drama ni nanti..... Lepas ni tak tau nak tengok drama apa lagi.... Sebab drama Korea terkini macam Wild Romance, Dream High 2 aku tak minat..... Tak sabar nak tunggu Full House 2 je ni.....

8 comments:

  1. betul tu,..mula-mula episode ler mcm tak best jer pelakon dia tapi akhirnya saya menjadi pengemar siri ini..

    ReplyDelete
  2. download mn ye?xsaba dh nk tgk ending dia ni

    ReplyDelete
  3. @ADMIN
    TRY LA TGK ROOFTOP PRINCE.. cte die mmg best cm salaryman..
    adik bradek laki 3 org sume lyn salaryman! lwak abes ..
    mmg dwlod la sbb maybe nk tgk lg..hehe

    ReplyDelete
  4. iffah~yup, setuju sgt.... skali dh jatuh cinta tak dpt nak kwl dah hehehe

    Anonymous1~ dowload kat dramacrazy.com... cuba google pasti jumpa hehehe

    Anonymous2~ dah tengok pun ^_^ mmg kelakar habis... lps je tamat dgn slaryman trs layan rooftop prince... daebak!! Micky sgt cute kan hehe Selamat Menonton semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana hendak download cerita tersebut?

      Delete
  5. hmmm.....aku tak dapat tengok episod akhir.....mmg best.Aku x lah fanatik sangat tapi sebab anak2 aku dah mula mengikuti drama2 korea ni

    ReplyDelete
  6. sALAM,

    Baru plan nak tgk cite nie malam nie.hehehe..
    U dah tgk cite protect the boss tak? memang best giler...tgk la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita tu dah lama khatam.. siap ulang tayang lagi hehehe mmg best.... selamat menonton ^_^

      Delete