daebak ^_^

Tuesday, April 3, 2012

MPQ Peringkat Sek Ren.

Ini n3 yg diperap selama 3 hari huhuhu... Sabtu yg lepas, kena bawa budak pergi bertanding. Cun la pulak tempat pertandingan kat Tebakang. Alamak, sungguh... Walaupun aku ni anak jati Sarawak, jalan-jalan kat sini aku belum mahir lagi. Sesat juga la huhuhu org sarawak sesat di tempat sendiri hahahaha

Walaupun aku ni setakat guru sementara, dah dinamakan tugas kena juga lakukan. Eh, byk sungguh walaupun ni..... Tukar pulak la.... *_* So, Sabtu minggu lepas sebahagian guru PAI yg ditugaskan bawa budak utk Pertandingan Bercerita Agama dan Tadarus Al-Quran sibuk. Dah la sorang budak tu dia datang lambat, aku dan sorang lagi cikgu praktikum kena tunggu dia. Last2 dia dah datang dgn family dia.

Penat juga nak menjaga budak sekolah rendah ni. Biasa la kan budak2, kalau kita tak awasi dia org siap la nak merayau je kejanya. Alhamdulillah... Sebanyak 6 kategori yg dipertandingkan.... Bercerita L/P, Hafazan L/P, Tilawah Al-Quran L/P... 5 daripada 6 kategori tu kita orang jadi juara... Cuma Tilawah Al-Quran untk Lelaki je kita org Naib Johan... Tak sia-sia usaha semua guru PAI yg membimbing semua peserta dgn bersungguh-sungguh....

Aku pun tumpang banga sekali hehehe Pengalaman yg cukup berharga buat aku.......

Ni johan bhgian hafazan... Budak ni mmg pandai.... Pernah mewakili sampai ke peringkat Bahagian....

Gambar Kenang-Kenangan
::: Macam tak percaya tinggal 27 hari lagi.... Lepas ni entah dapat ke tak nak merasa jadi Guru lagi. Org selalu kata tugas seorang guru ni mudah... Setakat yg aku dah rasa, ia bukanlah semudah yg disangka... Cabaran itu tetap ada.... Tiada yg mudah kat dunia ni kan???  Selamat Tinggal anak-anak muridku... Moga kalian terus rajin berusaha untuk mencapai kejayaan...:::

~ Counting the day...... Tak sabar nak mulakan kehidupan baru, pekerjaan yg baru dan di tempat yg baru... Apa yg pasti, cabaran baru pulak bakal menyusul selepas ini..... 'Man Jadda Wa Jadda'~

No comments:

Post a Comment