daebak ^_^

Saturday, April 14, 2012

Still airing 2012 Korean Drama

Hari tu selepas selesai menonton Salaryman Cho Han Ji, seminggu juga aku keboringan menunggu drama Korea baru yang best. Lepas seminggu, ommmo sekaligus release 3 drama Korea yg baru dan paling penting menarik perhatian aku.

1. Rooftop Prince (SBS)
pinjam dari En Google
Aku mmg tertunggu-tunggu drama ni sebab sebelum ni dah siap baca sinopsis semua. Dari situ aku dah agak drama ini pasti akan top. Bila release je episod 1 ari tu, terus aku dowload hehehe Mmg terbaik!!!! Selepas je tonton episod 1 tak sabar-sabar nak tunggu episod yg seterusnya.... Mcm org gian je hahaha Inilah masalah kalau tengah tonton drama yg still lagi airing kat Korea. 
( Alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni, boleh on je switch TV dan tonton semua drama kegemaranku tanpa perlu dowload dan menunggu... -_- ) 


watak penyeri: 3 org pembantu dan 1 raja...
Setakat ni dah tonton sampai episod 6. Kalau kat M'sia, 23 April nanti baru start airing kat Channel One HD, ASTRO 393....  Kalau nak tahu lebih lanjut pasal drama ni boleh baca sinopsis kat koreandrama

2. King 2 Hearts (MBC)
pinjam dr En. Google
Mula-mula aku tak tertarik hati pun nak tonton drama ni, sebabnya?? Huhuhu sebab aku tak minat sangat dgn Han Ji Won, entah la kenapa aku kurang sgt nak tonton drama lakonan dia... dan yg menjadi masalahnya, aku suka pulak tengok Lee Seung Gi berlakon. Ibarat org yg serba salah hehehe

Lepas seminggu drama ni airing kat Korea, tengok rating... Wah, tip top.... dasyat ko!!! Sambil-sambil tunggu episod Rooftop Prince yg seterusnya, aku cuba la tengok episod 1 drama ni. Hmm, not bad..... Patut la rating tip top. Jalan cerita yg berbeza dgn drama korea sebelum ni.

Hmmm, MBC mmg suka buat drama ala-ala keluarga di Raja. Igt balik drama dulu-dulu yg ala-ala keluarga di raja korea macam 'Princess Hours', 'My Princess'.... semua terbaik!! Now, done watching until episode 6, waiting for next episode.... Geram tgok LSG dlm drama ni, watak dia mmg sgt annoying,  rasa nak je bagi penampar kat dia *_& hehehe tapi lakonannya mmg mantap!

3. Love Rain (KBS2)


Ommo, it's Jang Geun Suk and Yoona SNSD.... Kolaborasi yg tak pernah dibuat sebelum ni di mana-mana drama korea. Drama ni bertemakan tahun 1970's... Org kata hot 70's.... Cuba suruh mak dan ayah korang tengok drama ni, pasti dia org suka.... Dapat mengembalikan memori cinta suatu ketika dulu hehehe

Aku suka suasana dlm drama ni. Nampak klasik, romantik.... Cun dgn tema drama ni la iaitu zaman 1970's. Kalau cerita pasal rating, rating drama ni agak kurang sikit.... Mungkin bersaing dgn dua drama yg aku sebut tadi kot. Bagi aku drama ni OK je hehehe mungkin jalan penceritaannya agak slow sikit. Aku pun tak ikut sgt drama ni, cuma dah tengok beberapa episod je. Lepas dah selesai dgn Rooftop Prince dan King2Hearts, baru aku beralih semula dgn drama ni..... Sebab nak follow 3 sekaligus mcm tak dapat sebab kelajuan internet aku ni terhad huhuhu Time ni la rasa alangkah best nya kalau aku kat Korea skrg ni -__ -  
Apa yg nak aku nak cakap, Jang Geun Suk oppa... You're Hot!! ^_^

~ Inilah dia 3 drama.... Pertembungan 3 penjuru hehehe 3 drama yg hot dengan pelakonnya yg hot. Selamat Menonton semua.......... 

No comments:

Post a Comment