daebak ^_^

Monday, April 2, 2012

Tahniah buat kamu ^_^


Aku ternampak status kamu kat wall FB aku minggu lepas. Alhamdulillah, aku tumpang gembira... Akhirnya kamu berjaya juga lulus.... Aku tahu kamu boleh, aku tahu kamu juga layak untuk mendapat gelaran itu.... Walaupun kamu kecundang selama setahun, tapi ia tak bererti kamu kalah kan??? 'Gagal sekali bukan bermakna kita akan gagal buat selamanya..'

Dan sekarang sudah terbukti yang kamu juga boleh berjaya seperti kawan-kawan kamu yg lain. Tahniah lagi sekali dariku buatmu. Walaupun aku tahu belum tentu kamu akan membaca catatan aku ni, tapi doa aku tetap ada untuk kamu..... 

Mungkin kamu rugi setahun, tapi percayalah pasti ada kemanisan disebalik setiap dugaan itu. Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi sesuatu dugaan yg umatnya sendiri tidak mampu utk menghadapinya. 

Bila fikir balik, setelah kamu berjaya... Aku pun turut mendapat perkhabaran baik. Setelah setahun juga aku masih ditakuk yg lama... mencuba dan terus mencuba.... Akhirnya, baru skrg terasa ia berhasil... Cuma bezanya di sini... Kamu akan terus berbakti utk tempat kelahiran sendiri, aku pulak ditakdirkan utk berjauhan dgn keluarga lagi sekali. Mungkin, rezeki aku mmg di negeri orang!

Doaku buat kamu... Moga kamu terus berjaya... Ingatlah keluarga tersayang terutamanya ibumu... Aku tahu kamu seorang anak yg baik, berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada. Selamat berkhidmat buat masyarakat...dan tahniah yg tidak terhingga buat kamu... Dr. A_Z.....


Pastinya sekarang ni kamu tunggu utk posting.... Bermulalah kehidupan yg sibuk nanti bila bergelar 'Houseman'... Moga kamu diberi kesabaran yg tinggi sebab aku tahu ketika itulah tugas seorang doktor benar-benar diuji....

Bila dengar lagu ini, aku terus suka melodinya.... Aku pasti kamu pun suka lagu ini. Bila hayati lirik lagu ni macam ada pulak kaitan antara aku dan kamu... Sukar dimengertikan.... ceh, keluar pulak bhs indon... hehe

Antara kita, cuma aku, kamu yg faham dan semestinya ALLAH yg lagi maha mengetahui apa yg terjadi~


No comments:

Post a Comment