daebak ^_^

Saturday, August 11, 2012

Mood Raya ^_^

Assalammualaikum... Anneyong!!! 

Rasanya mmg rutin aku sekarang, satu bulan satu n3... ngeeee nampak sangat kemalasan nak update belog  di tahap maksima -_- 

Pejam celik, hari ini dah 22 Ramadhan, tinggal 8 hari lagi nak Raya.. Perasaan aku?? Bercampur-baur, entah la nak kata macam mana... Sedih sebab Ramadhan yang mulia ni bakal melabuhkan tirainya... Gembira, sebab nak raya, balik kampung.. jumpa dgn family, teman dan segalanya........ Kesimpulannya, tahun ni mood Raya aku di tahap maksima sedikit jika hendak dibandingkan dgn tahun lepas.

Nampaknya tahun ni aku goyang kaki la. Sebabnya, sah-sah aku balik Swk masa petang Hari Raya, sudah tentu persiapan raya semua aku tak yah nak buat hehehe Tapi kecian la kat mak aku, terpaksa dia buat semuanya.. Lau tak, aku la kuli batak aka bibik indo   kat rumah tu.. Nasib la jadi anak perempuan tunggal dalam keluarga... Tahun ni nampaknya, aku balik rumah semua dah ada ^_^

Baju sendiri done... Teman tahun ni warna-warni.. tapi yg penting kena ada PINK... baju melayu adikku dan baju kurung mak aku pun dah beli... Bapa aku pula, tahun ni aku belikan dia butang baju Melayu je, sebab baju Melayu yg aku belikan utk dia Raya lepas pun dia tak pakai lagi.... Hmmm, tengok malam raya nanti... kalau boring2 nanti... turun juga aku ke Jalan TAR lagi.... kata org malam raya sale lagi dasyat sebab semua nak habiskan stok.... Oh, my $$$$

Tak dapat nak bayangkan bagaimana la rupa aku masa balik raya nanti... First time ko balik kampung masa hari raya.... dah la petang pulak tu, maghrib baru aku sampai rumah -_- Aku takut aku nangis atas flight je nanti sebab dengar lagu raya.... Harap2 tidak la kan.... kasi semangat pada diri sendiri *_* 

Tema untuk aku tahun ni >>>

Sorang2 kat bilik ni dengar lagu ni pilu je rasa.... Kepada sahabat yg tak balik raya tu terutamanya Mimi, jangan sedih2 k.. Moga bergembira juga walaupun berjauhan dengan keluarga... 

Selamat membuat persiapan untuk raya buat semua.... 


No comments:

Post a Comment