daebak ^_^

Tuesday, January 22, 2013

Dari HR beralih kepada Arkitek -_-

Hari ini aku rasa hidup aku tunggang terbalik sedikit. Rasa macam nak muntah je. Orang Sarawak kata 'bebual'. Serius... Mata dah naik juling, otak rasa macam nak jammed --_--

Oh, inilah kesan bila budak HR tiba-tiba kena bagi tugasan sebagai seorang Arkitek....


Ha, itu bukti kenapa aku rasa hidup aku hari ni dah tukar 80%. Hambek ko, tak pernah seumur hidup aku buat pelan untuk bangunan, hari ini dalam sejarah... Kena lukis pelan pulak.... Tapi bila tengok balik hasil kerja aku tu... Hmm, ada bakat juga aku ni nak jadi seorang Arkitek hahaha Teringin juga nak belajar balik. Dulu ambil Human Resource Management.. Tak salah kan kalau tiba-tiba tukar angin pulak ambil kos Arkitek kan... lau tak pun Pengurusan Bangunan...

Sebenarnya, aku ni dari kecil lagi... Kalau disuruh melukis memang fail! Sebab tu bila ada assignment bab melukis ni rasa macam nak pecah je otak aku! Huarghh, cukup la tugasan ini sahaja... Tak nak aku sakitkan otak aku lagi dengan pelan bebagai ni... -_-

Kena prepare untuk training minggu depan... Dah la di KL, dua hari pulak tu... Huh, sakit jiwa betul nak tempuhi jammed yang sangat teruk... Hmm, mudahan dipermudahkan segalanya.... 

No comments:

Post a Comment