daebak ^_^

Wednesday, January 16, 2013

Ketetapan Hati...

Tadi bersembang secara maya dengan sahabat baik di laman sosial.... berkongsi kisah dia dan mereka, buat aku berfikir panjang. Lantas idea untuk menulis datang mencurah-curah.Sebelum itu, sempat aku baca beberapa pendapat/artikel yg lain untuk mengukuhkan pendapat dan penulisan aku ini. Khuatir kalau menulis tanpa pengisian/ilmu ini ibarat menyampaikan ajaran sesat pula.

Pernahkah kalian merasa gusar, bimbang, tidak yakin dan rasa serba salah untuk membuat sebarang keputusan? Tidak kira lah dalam apa-apa perkara. Pendek kata, semua kita akan pernah melalui situasi begini. Itu memang realiti sebuah kehidupan. Kita tidak akan dapat membayangkan dan menjangka apa yg bakal terjadi. Kerana takdir hidup kita adalah rahsia ALLAH dan ia sesuatu yg tersirat yang sudah ditetapkan buat kita.

Bagaimana hendak memperolehi ketetapan hati??

1. Istiharah

Sesungguhnya DIA yg lebih mengetahui sebaik-baik jawapan. Boleh rujuk link INI untuk penerangan yg lebih lanjut.

2. Sentiasa berdoa


3. Bersangka baiklah kepada ALLAH ^_^

Sesuatu yang berlaku itu adalah yg terbaik untuk kita. Walaupun hakikatnya apa yg berlaku itu tidak disenangi oleh hati kita. 

Kdg2 apa yg kita rasa terbaik utk kita, tidak semestinya adalah yg terbaik buat kita DAN apa yg kita rasa tidak terbaik buat kita, tidak semestinya tidak terbaik buat kita...
~ Kun Fayakun~


::: Buatmu Sahabat~ Moga diberi pilihan yang terbaik.... Pasti DIA yg terbaik untuk mu.... Moga dipermudahkan semuanya.... :::

No comments:

Post a Comment