daebak ^_^

Thursday, January 31, 2013

Last day in January 2013

Assalammualaikum... Anneyong....

Masa berlalu dengan begitu pantas... Rasa macam baru semalam sambut tahun baru 2013, tup.. tap... tup.. tap... hari ini dah hari terakhir di bulan Januari 2013.... Hmm, rasa macam tak terkejar sebab masih banyak yang perlu diselesaikan. Hmmm....

Alhamdulillah, setelah dua hari ber'training', hari ini habis sudah... Terasa penat satu badan sebab duduk hampir dua jam dalam bas... Oh, my Jammed!!! Itulah masalah yang tidak akan dapat dielak bila berada di Kuala Lumpur... Kalau campur pergi dan balik untuk dua hari, kiranya 8 jam aku duduk dalam bas -_- Buntut dah rasa semacam... Tapi nasib baik aku ni jenis yang senang tidur kalau dalam kenderaan. So, syorga bagi aku buat tahi mata dalam bas hehe

Perasaan bercampur-baur sekarang ni. Entahlah, sukar untuk diluah dengan kata-kata. Kalau boleh terbang, rasa macam nak je balik Sarawak sekarang! Rindu dengan rumah, family, kucing, makanan Sarawak, kawan-kawan...... banyak la.... tak terkata.... Yang penting aku nak kata 'kmk rindu ktk org'!!!

:: Terasa sayu jak... risau pun ada... kalaulah aku boleh bagi sedikit semangat aku ni pada dia.... moga ALLAH beri dia kekuatan... Sesungguhnya dia insan yang baik walaupun aku baru mengenali dia.... Doa aku sentiasa ada buat dia-Temanku ::


1 comment: