daebak ^_^

Wednesday, March 6, 2013

Gamble Time (KL-TWU-KK-KCH-KL)

Assalammualaikum.... Ahlan Wasahlan..... Anneyong...

Berkesempatan untuk blogwalking tadi sambil-sambil tu meng'update' kan diri dengan berita semasa dan perkembangan kawan-kawan. Al-maklumlah sekarang ni kehidupanku ibarat 'katak di bawah tempurung' hehehe.. Tahu perkembangan semasa pun dari kawan-kawan dan bila singgah kat stesen minyak sempat la curi-curi lihat berita -_-

Hati ini turut bersedih apabila melihat kekacauan yang menimpa rakyat Sabah terutamanya buat mereka yang berada di Lahad Datu dan Semporna. Terasa gusar hati ini lebih-lebih lagi bila teringatkan sahabatku yang berada di sana. Hanya doa yang mampu aku panjatkan buat kalian. Moga ALLAH sentiasa memelihara keselamatan kalian di sana. Amin Ya Rab...

Kalau ikutkan rancangan sebelum ni, 26 Mac ni akan ke Tawau, lepas tu ke Semporna sebab bercadang nak ke Pulau yang berhampiran. 


Walau bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan.... Dengan secara rasminya, tiket yang asalnya KL-TWU-KL terpaksa ditukar. Mula-mulanya rasa keliru juga.... antara nak batalkan terus sahaja rancangan ke Tawau... atau balik bercuti ke Sarawak je. Last-last mummy aku bagi cadangan... Teruskan je rancangan ke Tawau.... Itulah orang kata, 'Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segalanya'. Pelan yang asalnya hanya KL-TWU-KL bertukar menjadi KL-TWU-KK-KCH-KL.... Mmg gamble lah.... Ya ALLAH mudahan perancangan kami ini dipermudahkan.....
~Buat sahabat yang berada di Lahad Datu & Semporna > Moga kalian diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan dari ALLAH ini. Sama-sama kita berdoa moga kekacauan yang berlaku akan cepat beransur dan kita semua boleh hidup dalam keadaan damai dan tenteram....~
Kekacauan dan keganasan itu bukanlah penyelesaian kepada masalah. Marilah kita bersatu ke arah kedamaian. Sesungguhnya semua yang ada di BUMI ini milik DIA.... DIA yang mencipta alam ini untuk dikongsi bersama.Bersatulah demi sebuah kedamaian....


No comments:

Post a Comment