daebak ^_^

Sunday, October 20, 2013

Pengisian Rohani ~ KEJAYAAN

Assalammualaikum... Anneyong... Ahlan Wasahlan...

Rasanya sudah terlalu lama tiada pengisian rohani di kala waktu lenggang. Maksud aku waktu lenggang ni ialah masa antara selepas maghrib iaitu sebelum masuknya waktu isyak. Ataupun, masa lenggang seperti selepas isyak dan masa berhujung minggu. Teringat dulu zaman sekolah agama, masa lenggang memang dipenuhi dengan pengisian rohani yang bisa membuka mata dan hati untuk lebih mencari makna hidup.

Syukur, kerana ada juga insan yang kata-katanya bisa membuat aku berfikir semula merungkai kembali cebisan makna hidup yang kian pudar dek kelalaian diri sendiri. Terima Kasih 'kitak'. Walaupun bersahaja namun pengisian itu tetap ada. Topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan KEJAYAAN.


Zaman sekarang ni ramai orang mengukur kejayaan itu apabila kita mampu memiliki rumah yang besar, kereta mewah dan wang ringgit yang banyak. Namun, kita lupa adakah itu nilai sebenar sebuah kejayaan yang dipandang dalam Islam? 

Bukanlah harta-benda dan wang ringgit itu tidak penting tetapi ianya terpulang pada diri kita sendiri bagaimana kita boleh menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. Kejayaan sebenar dalam Islam itu diukur apabila kita menghargai hidup di dunia ini dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.


Secara mudahnya bagaimana kita mempraktikkannya ialah apabila kita mempunyai harta yang berlebihan jangan lupa untuk menunaikan zakat dan bersedekah. Ketika sibuk bekerja pula masa untuk bersolat jangan diabaikan. Sekiranya kita dapat menyeimbangkan amalan di dunia dan persediaan untuk akhirat itu, insya ALLAH itulah erti sebuah Kejayaan yang sebenar dalam Islam.


Terangkan hati dengan kata-kata indah memuji Allah ^_^


:: Alhamdulillah, walaupun ringkas harap dapat membuka mata dan hati bagi sesiapa yg membaca. Setakat itu yang mampu aku ulas secara ringkas. Terima Kasih buat kitak kerana memberi idea kepada kamek untuk mengupas topik ini. Kamek rasa isi kitak lagi mantap hehehe Syukran Jazilan, moga kita sama-sama sentiasa berada dalam rahmat Allah. Amin Ya Rabb ~ ::

No comments:

Post a Comment