daebak ^_^

Thursday, June 5, 2014

Bila hati berbicara♥

Asslammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Semalam ingat nak update blog tp akibat penat ditambah dgn hemo2 jd niat nak release n3 ke laut. Lagipun semalam kena bangun awal hantar mak aku checkup d SGH. Aiyark, mata ni dek dah puas cuti rasa berat je.... huhu entah berapa banyak la setan bergayut kat bulu mata tu eheeee

Sampai kat SGH dlm jam8 lebih... biasa la lau dah namanya hospital besar mmg ramai org. Dah la tak jumpa parking jadi maunya sejam gak la aku duduk dlm kereta dah rasa mcm duduk dlm sauna. Agak2 lemak aku cair tak erk hahaha

Dah dapat parking tu p masuk ruang legar SGH.... masa tu hati takut gak... mata dok melilau tgok 360 darjah huarghhhh.... takut kalau terjumpa dgn kamu.... Giliran mak aku jumpa Dr di bhgian RAI lama lagi jd aku tolong mak aku ambil ubatnya d farmasi.... Jam11 gak la baru settle semua urusan di SGH... Chewah, hati ini mulalah nak berkata2..... klmj.... bila berada kat SGH mmg akn teringat sama kamu... terasa mcm dekat dgn kamu tapi kenyataannya teramat jauh.... apa2 pun moga kamu berjaya dengan life kamu skrg....

Settle urusan di SGH gerak trs k Ambank Kuching.... sistem agak slow jadi mmg lama tunggu nak berurusan. Pas ambil nombor sempat makan tghari dulu.....

Kisah kamu dan dia silih berganti.... entah kenapa hati ini macam sensitif sgt. Sebab dulu kalau ada masalah Dia seolah2 memahami akan muncul terus. Tapi sejak akhir2 ini terasa macam aku dan dia makin jauh... Iya mungkin itu yang terbaik tapi kdg2 rasa macam.... hmm, entah la... aku tak perlukan seorang kekasih... kerana aku tutup dulu pintu hati ini untuk itu.... aku cuma perlukan teman yang memahami... Adakah masa berlalu yg merubah segalanya... Betul lah org cakap semakin kita kenal sesorang itu sebenarnya semakin kita tidak kenal siapa dirinya sebenar......

Sudah2 la fikir soal hati ini.... dugaan itu datang dan pergi... begitu juga dengam teman di sisi.... datang silih berganti.... mungkin aku hadir dalam hidup kalian sejenak untuk menyokong kalian..... Moga kamu dan dia berjaya dgn kerjaya skrg... Aku??? aku ada Allah di sisi.... itu sudah cukup!!! Bunyi macam merajuk hahaha tidak sama sekali kerana percaya semua yg terjadi itu bersebab..... punya alasan tersendiri.....

Eh, panjangnya aku merapu.... siapa kamu.... siapa dia.... hahahaha kisah watak dlm novel kehidupan aku..... bila hati berbicara hewhew ^_^

No comments:

Post a Comment