daebak ^_^

Wednesday, April 15, 2015

Hari Keempat Journey KCH-JB ~ Throwback Childhood Memory

Assalammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Akhirnya tiba untuk n3 kemuncak. Tak faham?? Kena baca ini dulu hari-ketiga-journey-kch-jb-back-2-back.html

Sunday, 5 April 2015 ^_^

Good Morning Singapore!!! Ahaks Walaupun penat, misi kena diteruskan sebab hari ini adalah
kemuncak journey aku. Malam tadi siap buat tentatif perjalanan. Hello Kitty Land, Puteri Harbour > Kota Iskandar > JOHO > Tanjung Puteri > Gathering with rakan Projek Anne. Even tidur jam 3 pagi tetap bersemangat... Hiksss... Tema hari ini Throwback our Childhood Memory ^_^

Sebelum gerak ke Puteri Harbour, Anne ajak singgah dua tempat.... Sesi melihat bandar Singapore dengan jelas dan photoshoot ala2 Korea hikhikhik 



Thanks Anne... Sesi photoshoot yang terbaik. Lepas ni boleh plan untuk kembangkan bakat yang ada! Aku, ada bakat tak jadi model?? Ngehngehngeh Kalau ikut tentatif asal nak singgah di Kota Iskandar dulu buat sesi photoshoot lagi, tapi hujan rintis2 pula so terus gerak ke Hello Kitty Land, Puteri Harbour. Tiket hanya RM91 je sebab kita orang ambik pakej boleh masuk dua tempat (Hello Kitty + Little Big Club) sebab kalau ambik Pakej1 macam rugi. Baik ambik pakej 2 dan jangan lupa tunjuk kad pengenalan korang ada additional diskaun sebab lau ikut harga asal Pakej 2 RM100++ 

Walaweh, memang terbaik ambo ngoyak kat demo nih!!! Tak dapat nak cakap banyak.... Tempat cantik + berbaloi + persembahan yang menarik. Kita orang masuk Little Big Club dulu then baru Hello Kitty Town. Aku tayang gambar jelah erk... 













Hehehehe biar gambar berbicara. Ok , sini aku ringkaskan.... Little Big Club ini ada Barney & Friend, Bob The Builder, Penguin dan macam2 lagi permainan... Siap ada cafe... Lepas pusing satu LBC baru ke Hello Kitty Town.... Chenca daebak!!! Ada lima aktiviti yang boleh dibuat.... selesai buat setiap aktiviti akan dibagi cop... aku dengan Anne paling excited masuk dalam rumah Hello Kitty... Cantik!! Awesome!!! korang tengok gambar pun dah boleh tahu kan.... Last aktiviti adalah Adventure selamatkan Hello Kitty & Daniel... kena selesaikan misi dan cari kata kunci.. Kata kunci kita orang M.A.G.I.C, siap dapat certificate from Hello Kitty!! Our mission success!!!

Tak terasa habiskan 5 jam di Hello Kitty Land. Dah keluar dari sana baru terasa lapar! hahaha endahkan rasa tu cuma cari air dan makan ringan je. Teruskan perjalanan ke JOHO Concept Store. Sebelum tu buat sesi photoshoot di luar Legoland dan Kota Iskandar hikksss




Legoland tak masuk sebab tak minat lagipun dia orang kata baik masuk USS. Kota Iskandar ni ala2 Putrajaya. Tempat pentadbiran, memang cantik dan amat sesuai dijadikan tempat bergambar. Kebetulan masa tu ada beberapa pasangan pengantin buat sesi photoshoot. agak2 dapat ambik aura tak?? hiks *_* JOHO Concept ni tempat aku beli cenderahati tanda aku dah jejak Johor. Paling best kat luar kedai ada kereta Hello Kitty. Tuan kereta pinjam kereta kejap erk hehehe

Setelah berpenat-lelah ini masa untuk chill! Time untuk menghayati keindahan alam di Tanjung Puteri... Subhanallah!! Allahuakbar!! Sunset yang cantik!!



Tentatif last kita orang adalah gathering dengan kawan Projek Anne di CupChai Cafe & Resto. Perut pun dah lapar sebab seharian tak makan. Deco cafe sangat menarik, makanan pun sedap. Aku paling suka air cincau bandungnya.... Yummy!!!


Fuhhh, ini n3 bergambar!! hehehe Balik rumah masa tu lepas mandi dan solat terus tidur. Esoknya dah nak balik Sarawak.... hmmmm, Mimpi indah dengan Hello Kitty ^_^

::: Betul ke kebahagiaan itu tak akan datang bergolek kalau tak dicari? Err selalu dengar kejayaan je kan.... Kebahagiaan pun sama! Kebahagiaan itu akan kita rasai andai kita mampu buat orang lain bahagia. What you give, you get back! Kebahagiaan juga tak perlu harta yang melambak. Cukup hanya dengan kasih sayang dan keikhlasan, kita akan rasai kebahagiaan yang tak ternilai :::

No comments:

Post a Comment