daebak ^_^

Friday, April 17, 2015

Hari Kelima Journey JB-KCH ~ Back To Normal -_-

Assalammualaikum... Ahlan Wasahlan... Anneyong...

Oh yeah, akhirnya tiba part untuk conclusion. Kena baca ini dulu hari-keempat-journey-kch-jb-throwback.html

Monday, 6 April 2015 ^_^

Morning!! Kenapa bila cuti masa terasa sangat cepat berlalu?? Malam nanti flight balik ke Kuching. Pagi ini takde plan sebab Anne dah start kerja. Aku ada pasang niat nak gila2 jejak Singapore kejap. Tapi bila fikir balik2 pron and cons hahaha lupakan plan gila2 tu. Kang tersadai di Singapore, tak masal terlepas flight!!! Oh, no!! =_=

Aktiviti pagi adalah merehatkan badan sambil tranfer gambar. Lepas tu tengok view kat luar. Tak dapat jejak Singapore tengok pun jadilah! Tengahari tu, Anne ajak keluar makan dekat tempat aku photoshoot semalam hahaha boleh juga tengok Singapore.

Lepas makan Anne kata lau nak merayap ke Jusco boleh je dia hantar. Tapi, aku rasa malas pulak. huhuhu Jam5 petang lepas Anne balik kerja terus gerak kat Airport Senai. Sekarang cara check in AirAsia dah berubah.... nampak sangat aku lama dah tak fly! 

Keseluruhannya, journey aku KCH-JB dipermudahkan dan mencapai target! Singapore je tak lepas. Ertinya kena jejak JB lagi set 1 day hanya untuk Singapore *_*. Siapa kata kalau melancong ini perlukan bajet yang banyak??? Kalau ikut secara kasar perbelanjaan masa journey aku ni tak lebih dari RM500. Tiket flight 2 way RM78, tiket bas JB-KL 2 way RM64. Total RM142... kalau kira tambang train dan teksi bubuh RM200 la. Shopink pula untuk aku sendiri rasanya tak lebih RM50 sebab yang banyak aku shopink ari tu barang yang dikirim oleh mak aku! Bajet shopink untuk aku sendiri aku letak RM60 je.

Kira baru belanja RM250. Masa kat Hello Kitty Land je kena keluar belanja lebih sikit. Tiket masuk RM91 dan gambar RM120, itu pun aku dengan Anne kongsi maka seorang hanya perlu bayar RM60. Sebenarnya gambar di Hello Kitty Land tu terpulang pada korang nak beli atau tidak. Ianya bukan compulsory, tapi bila tengok gambar yang cantik rasa sayang kalau tak beli. Pejam mata je lah! Hikss

Setakat ni total perbelanjaan baru RM404... Tolak tambah secara kasar belanja makan, minum dan selingan yang lain jadi RM500 je. So, mission accomplish tak?? Ini orang kata bajet journey tapi berbaloi2. Bagi aku kalau melancong ni aku lebih utamakan 2 perkara je tinggalkan jejak + sesi photoshoot... selingan sikit macam ole2 untuk kenangan. Kalau makan mahal atau stay di hotel yang mahal memang bukan jenis aku! ngeee


Masa kat Airport Senai, waktu nak masuk dalam flight... baru perasan. Eh, itu Dr yang incharge aku! La, sama flight lagi kita orang. Hari tu masa fly dari Kuching ke JB sama flight juga, siap duduk sebelah menyebelah. Nak tegur tapi tak berani hehehe pergi honeymoon ke Dr??? Wife dia sangat sweet. Rasanya Dr ambik pakej murah macam aku kot hahahaha next appointment nanti nak tanya dia. Ada juga topik nak sembang! Hikss 


::: Lepas ni plan nak jejak Sabah lagi.. Next year nak pusing satu Semenanjung... then Singapore.... refresh jejak di Sarawak.... Brunei sekali... ahaks... Hmmm, kena atur masa dan bajet. Aktifkan balik mood berjalan2 ni ^_^ Harap kalau dapat calon imam nanti kena sekepala dengan aku part jalan2. Boleh honeymoon selalu!!! Hikss :::

1 comment:

  1. На нашем сайте представлены анкеты Фото проститутки сексраком При наплевательском отношении к людям человеку все время приходится доказывать, что он не верблюд Harap kalau dapat calon imam nanti kena sekepala dengan aku part jalan2. Boleh honeymoon selalu!!!
    - готовых завести с Вами интим знакомство и украсить досуг мужчины. Встречусь только с старыми мужиками!это не салон!
    #ПроституткиКиева

    ReplyDelete